SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, April 13, 2019

L'occitane - Aromachologie Intensive Repair Shampoo

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hai beauties! Dah lama saya tak review pasal produk kecantikan kan? Bukan setakat review, tulis blog pun kurang. Hahahaha OK, semalam saya ke NU Sentral dan salah satu tempat tujuannya adalah L'occitane. Dulu pernah pakai tapi terpengaruh dengan kawan yang jual shampoo Korea, saya stop pakai L'occitane dan try Amyna. Namun, Amyna tidak sesuai dengan rambut saya. Tapi tak adalah sampai buat rambut saya jadi buruk. Cuma, dia tak selembut yang saya harapkan. Rambut saya pun bersimpul. Susah nak sikat kalau lepas mandi. Satu yang paling saya tak suka, dia tidak mampu menghilangkan minyak kulit kepala saya dalam jangka masa yang lama. Cepat je berminyak. Sedangkan L'occitane sebelum ni mampu mengawal minyak rambut saya. Pernah berlaku, saya tak cuci rambut seminggu sebab nak tengok keberkesanan L'occitane yang harganya boleh tahan ni. Memang best, rambut saya tak berminyak kalau ada pun sikit je. Dan semestinya kulit kepala saya tidak gatal. Tapi, L'occitane Peony dan Revitalizing yang saya guna sebelum ni tak adalah buatkan rambut saya lembut macam yang saya nak. Hahahaha... Dasar perempuan. Padahal pakai tudung. Cuma, dia mengurangkan minyak kepala saya. L'occitane ni sebenarnya salah sebuah company yang taja office saya untuk salah satu program. Sebenarnya boleh je saya minta staff yang deal tu minta diskaun 20 pratus sebab saya pernah attend meeting yang ada L'occitane, apabila staff dia tahu saya pengguna L'occitane, dia kata, L'occitane boleh bagi diskaun pada staff office ni 20 percent. Malangnya, saya tak ada contact dia. Nak suruh staff lain minta, seganlah. Dan dulu, kami pernah dapat travel set shampoo, lotion, conditioner dan body shampoo dari L'occitane. Masa tu dia baru launch product tu. Shampoo tu sangat best! Bila saya pakai dia sangat melembutkan rambut saya dan senang diurus. Bila nak beli, mahal. Then sayapun pilihlah yang murah je. Kalau tak silap saya Repair shampoo nilah. So semalam bila saya pergi L'occitane, dengan pembacaan yang dah saya buat, saya pun ingat nak beli Nourishing shampoo. Waktu duk memilih tu, saya didatangi sorang staff. Dia Tanya apa keperluan saya. Saya kata, saya nak shampoo yang boleh lembutkan rambut saya. That staff cakap, ambillah repair shampoo sebab dia mampu melembapkan rambut dan melembutkan. Nourishing tu untuk rambut kering dan dia tak ada buih. So, saya pun ikut cadangan staff tu. Waaa... Malam tadi balik rumah excited gila nak guna shampoo tu. Baunya memang macam travel set yang saya dapat dulu. Oh ya, botol produk L'occitane ni ada tulisan braille tau. So senang kita nak tahu itu botol apa. Ops! Saya pergi tuang banyak pulak shampoo tu. Buihnya banyak. Patutnya sekali tuang je cukup. Tak apalah. First time kan? Agaknya product harga boleh tahan ni memang dibuat untuk digunakan dalam kuantiti sikit kot. Macam SK ii. Siapa nak beli setiap bulankan? Memang senang dibilas. Tak perlu bilas lama sebab cepat je bersih. Lepas mandi, rambut sangat senang disikat dan terasa kelembutannya. Tapi ini review awal tau. Sebab saya baru guna sekali. Dan review ini baik untuk rambut saya sahaja. Rambut orang lain mungkin sesuai mungkin tidak. Jangan marah saya pulak kalau korang try tak sesuai. Kita tengok sebulan lagi, apa jadi dengan rambut saya. Shampoo ni diperbuat daripada 5 essential oils (angelica, Ylang-ylang, sweet orange, Lavender and geranium). OK la, bye.