SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, May 10, 2010

Siapa Perempuan Itu???

Dah lama blog ni tak "up date". Entahlah, sejak akhir-akhir ni, aku malas nak menulis. Tak ada "mood" Kenapa ya???

PEREMPUAN:
Tinta, jangan macam ni, kau sendiri yang bina blog ni tanpa paksaan dari siapa-siapa. Jadi, manfaatkanlah blog ni. Tulislah apa yang patut. Bukan susahpun, bukan ada pensyarah atau cikgu yang nak bagi markahpun. Tulis je apa yang kau nak tulis, tak ada siapa marah. Tak ada siapa peduli. Blog kau, suka hati kaulah.

Hei, Tinta!!!!!
Bangkitlah! Bangkit! Jangan tidur lagi. Sedarlah dari lena kau! Sudah-sudahlah dibuai mimpi yang panjang! Kau kan suka menulis, tulislah! Kenapa dengan kau ni? Kenapa dengan kau sekarang? Mana perginya minat kau dulu tu? Kau ingat tak dulu? Kalau sebut fasal penulisan, mesti orang ingat kau. Kau ingat tak masa tu? Masa kat sekolah dulu? Bukankah darah seni masih dan akan terus mengalir dalam diri kau? Jadi kenapa dibiarkan bakat yang ada begitu saja? Kenapa Tinta?

TINTA:
Entahlah, ilhamku seakan hilang, hilang dan hilang. Lenyap! Aku cuba cari tapi... Mungkin inspirasiku telah tiada...

(Bercakap sambil mata terpejam seolah-olah mengigau.)

PEREMPUAN:
Tinta, inspirasi kau adalah diri kau sendiri. Bukan dia! Bukan siapa-siapa! Masa kat sekolah dulu boleh je menulis tanpa siapa-siapa! Masa kat U dulupun boleh je menulis tanpa siapa-siapa!!! Kenapa ni Tinta??? Kenapa??? Jangan undur, jangan mundur. Yang pergi biarkan pergi. Jangan dikenang. Jangan diingat lagi. Itu semua sejarah, Tinta! Sejarah! Sejarah yang menyakitkan. Kenapa perlu diingat??? Menyakitkan hati kau sendiri! Akhirnya... Kau yang lemah! Nah! Ini ada sedikit penawar yang ku bawa dari seberang. Dari Tanah Minang, tempat asal keturunan kau. Minumlah, minum. Jika perlu, aku akan ke Pagar Ruyung, mencari sesuatu untuk pulihkan semangatmu. Bangun tinta, bangun!

(Menepuk-nepuk pipi Tinta)

TINTA:

(Bergerak sedikit. Perempuan itu mencelupkan tangannya ke dalam bejana emas. Tangannya yang basah disapukan ke muka Tinta. Sebentar kemudian Tinta membuka mata. Mata Tinta terpisat-pisat. Lemah. Air matanya mula bergenang. Sedikit demi sedikit membasahi pipinya.)

Perempuan:

(Senyum memandang Tinta. Tangannya mengelus lembut rambut tinta seterusnya mengusap dahi dan membelai rambut Tinta yang berjuraian.)

TINTA:

(Terdengar esak perlahan yang sayu dari Tinta.)

PEREMPUAN:
Sudah, Tinta. Sudah. Jangan nangis lagi. Bukankah sudah beberapa purnama kau menangis? Jangan bazirkan air mata itu buatnya. Curahkannya kepada orang yang lebih tahu menghargainya. Minum air ni.

(Perempuan itu menyuapkan air ke mulut Tinta dengan sudu bertatah berlian. Tinta meminumnya. Selepas itu, Tinta memejamkan matanya kembali. Perempuan itu menggelengkan kepala.)

Aku akan ke Pagar Ruyung esok.

(Desis hati kecilnya sambil mata menatap sayu wajah Tinta yang hiba.)