Nokia N95 akan menjadi telefon bimbit kesayanganku seperti Nokia 3310 dan 6230. Walaupun hati sedikit terkilan, kerana tidak dapat memiliki Nokia E66 atas masalah software yang mahu aku gunakan, aku tetap gembira dan bersyukur kerana memiliki N95. Besar pun, besarlah, janji slide. Lagipun... Tak perlulah aku layan sangat rasa terkilan ni, N95 kan lebih pelbagai fungsinya berbanding E66. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Ya, pasti, meskipun dalam soal remeh seperti telefon bimbit ini. :)
Nokia N95 berwarna merah, ku beli bersama Mercella, teman yang amat setia menemaniku dari satu kedai ke satu kedai. Dari KL Central ke Pertama Complex. Akhirnya, ku beli telefon bimbitku di Pertama Complex pada hari Sabtu, 28 Februari, 2009.
Apa? Macam budak-budak? Biarlah, apa orang nak kata pun, inikan blog aku. Di sinilah tempatku luahkan suka dan duka. Dapat telefon baru ni pun, satu kegembiraan bagiku.