SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 31, 2017

Percaya Kata Hati

Orang kata, dengar kata hati. Dan... Percaya kata hati. Tapi betul ke? Orang kata, hati akan memandu kita. Ya ke? Kerana percaya kata hatilah, dua kali cinta saya hancur. Dibiarkan sepi tak berharga. Masihkah saya boleh percaya kata hati saya? Atau... Hati saya kotor, tak bersih? Mungkin sebab tulah, saya menemui kegagalan bila percaya kepadanya. Tapi, kalau kita solat Istikharahpun, Allah bagi petunjuk melalui hati kan? Jadi, hati perlu dibersihkan agar ia dapat memandu kita kepada kebenaran. Wahai hati Tinta, bersihkah kamu? Sucikah kamu? Dan bolehkah saya percaya kata hati saya untuk teruskan kehidupan ini? Tuhan, bimbinglah hati saya. Jagalah hati saya. Supaya ia dapat memandu saya kepada kebenaran dan kebahagiaan. P/S: Tinta, jangan terlalu fikirkannya. Bersiaplah untuk tidur. Esok harus bangkit awal untuk mendaki Broga. Percayalah, kalau kita ikhlas, Allah akan pegang hati kita dan pandunya ke arah yang baik. Insya-Allah. Amin...

Cik Diva

Suatu hari, ada orang Tanya pada saya: Orang: Akak tahu tak dia orang panggil akak diva? Saya: Hah? Tak tahupun. (Pelik menguasai diri. Tak pernahpun saya dengar.) Orang: Dia orang panggil akak diva, kak. Saya: Kenapa? Orang: Sebab akak suka melawa, macam diva. Saya: Hah??? (Terkejut. Taklah pernah saya berangan sampai ke situ sekali.) Macam-macamlah dia orang ni. Saya tak pernah anggappun saya ni diva. Tapi kalau orang nak kata macam tu, terserahlah. Ada yang panggil saya diva, tapi tak nak saya tahu. Takut saya marah. Ish, takkanlah hal tu pun saya nak marah. Suka hatilah nak panggil saya apapun yang penting, jangan panggilan tak elok dahlah. Lepas tu, bila dah gelarkan saya macam tu, jangan ada pulak yang mengata saya ni perasan divalah, perasan cantiklah. Saya tak pernah minta dan suruh. Dah orang nak panggil, nak buat macam mana? Orang tu pun tak panggil depan saya. Takkanlah tiba-tiba saya nak pergi cakap dengan orang-orang tu, jangan panggil saya diva. Nanti kata saya ni tak betul pulak. Dunia komuniti saya ni susah. Macam artis. Salah sikit, ceritanya meletup satu KL. Yang kecik pun jadi besar. Salah sikit je, tapi macam tsunami jadinya. Bila bab baik tu, baiklah banyak manapun, tetap kurang kita jugak yang orang cari. Lebih-lebih lagi nama saya dalam waktu sekarang ni kan. Kawan saya kata, tak perlu fikir fasal orang. Buat je apa yang kita suka. Nak jaga hati semua orang susah. Kalau orang dah tak suka, buatlah macam manapun, dia orang tetap kata salah. Tetap Nampak buruk kita. Cuba jaga hati orang, last-last, hati kita yang terluka. So kata dia, buat je apa yang kita suka, boleh buat kita happy dan hati kita senang. Pedulikan dia orang semua sebab dia orang tak pernahpun fikir fasal hati kita. Kalau nak mengata, mengata je. Kalau nak salahkan kita, nak pinggirkan kita, tak adapun datang confront dengan kita tentang salah kita. Terus tiba-tiba sindir, perli, mengata, mengeji, memfitnah, mempersenda dan menghina kita. Oleh itu, jangan pedulikan mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya membawa hati mereka yang sakit sebab bencikan kita. Hiduplah kau dalam kebencian yang sikit demi sedikit merosakkan hati dan iman tu. Jangan sampai nanti Allah pulak yang pinggirkan kamu sebab kebencian kamu pada orang yang berlebihan sehingga sanggup mengata, menghina, memfitnah, mempersenda dan mengeji kawan.

Fidani... M&M Lagi!

Assalammualaikum readers, Malas nak update blog time-time cuti. Korang ke mana cuti ni? Saya terpaksa kerja hari ni sebab ada Air Asia.
Peluang berjalan-jalan di KLIA 2 tidak akan dilepaskan begitu saja. Nampak M&M saya kat atas tu? Duit tak berapa banyak, so just beli coklat M&M kegemaran saya je. Kali ni, kita try M&M dari Polan dan Perancis pulak. Beli banyak sikit. Nanti tak payah beli coklat dah. Campur semua sekali 1 KG lebihlah jugak saya bawa tadi. Siapa yang suka tengok Suri Hati Mr. Pilot tu mesti kenal dengan Fidani kan? Sebuah kedai coklat import popular. Jurujual bagi tahu saya, M&M tu kalau beli tiga free satu. Laju je otak saya mencongak dalam kepala: 1 =RM44.40 4 =RM177.60 Kalau beli tiga, baru RM133.60 RM133.60 bahagi empat baru RM33.53. Yes, jimat. Baik saya beli tiga, dapat empat. Paket pun besar, bukan kecik macam Malaysia punya. Sayangnya USA punya yang best tu tak ada. So saya ambil M&M coklat dari Polan dua, M&M rangup dan M&M kacang dari Perancis masing-masing satu. Jadilah empat! OK, Tinta, bulan ni stop beli coklat. Kat rumahpun ada Hershey belum bukak. Kit Kat yang mummy kirimpun baru je habis. Kalau boleh, bulan depanpun tak yah beli coklat dah. Boleh simpan sampai bulan depan M&M ni. Jimat-jimat sikit ya. Hahaha tengoklah kalau boleh. OK la semua. Nak pergi solat dulu. Bye.

Thursday, January 26, 2017

Keupayaan Pursue, Amway

Hahaha update lagi. OK, OK, nak review produk pulak. Siapa yang nak dengar meh sini. Ni jujur review dari hati seorang pengguna, bukan penjual. Bukan member pun hehehehe... Semalam, masa nak pakai sandal saya nak ke office, sandal saya basah. Laaa... Kucing kencingkan lagi sandal saya. Mungkin Croc ni bau getah kot sebab tulah kucing kencing. Nasib baiklah bukan Chiko. Kalau Chiko, siaplah Si Chiko saya kerjakan Muahahaha. Jahat tak tuan Chiko? Chiko pun dah masak dah dengan perangai tuan dia ni. Kalau dia buat salah, mesti dia lari, tak nak dekat dengan saya hahaha. Bak kata Haida, kalau saya marah, tak kira manusia atau binatang harus kena. Bukan apa, sekadar nak mendisiplinkan dia. Tak adalah sampai mendera. Bengang betul saya. Kencing kucing kat sendal ni, basuhlah dengan sabun ke, Clorox ke, softerner baju ke makan hari nak hilang bau. Dahlah baunya kuat. Tak suka betul saya. Saya tak tahan dengan baunya. Hadoi, tak tahulah nak basuh dengan apa. Haaa... Tiba-tiba idea datang, Pursue!!! Mujurlah Santhana dah siap-siap bancuh satu botol spray Pursue untuk saya supaya mudah untuk saya nak cuci benda yang simple-simple. Tanpa fikir panjang, saya basuh sandal saya. Lepas tu, spray Pursue. Lepas gosok, saya bilas. Saya cuba bau, macam tak ada dah bau hancing kencing tu. Biar betul? Ke hidung saya yang tak bau? Tak apalah. Kita tengok kejap lagi sebab macam kes hari tu, memang bau dia kuat. Seminggu lebih baunya melekat. Saya pergilah kerja. Alhamdulillah, sandal saya betul-betul dah tak berbau kencing kucing. Si Chiko miau miau je tengok saya basuh sandal. Mungkin dia bagi tahu saya yang tu bukan dia buat. Yang ni saya percaya sebab kucing jantan saya ni, kalah anak dara, duduk dalam rumah tak keluar-keluar. Saya letak dia luar rumah, memekak dia bising nak masuk. Bila saya buka pintu suruh dia keluar sendiri, dia menyorok dalam bilik air. Kucing betina goda dia dari luar rumahpun dia lari dalam bilik air. Kalau saya ada, dia mesti lari kat saya macam minta perlindungan. Hei, masalah jugak kau ni. Habis macam mana nak kahwin ni? Takkan nak jadi tuan kau jugak tak kahwin? Pelik betul aku. Kucing luar rumah ni ada dua tiga ekor. Suka sangat duduk depan rumah saya. Tak tahulah yang mana kencing kat sandal saya. Geram betul saya. Chiko yang tak nak layan dia, sandal saya pulak yang jadi mangsa. Chiko ni sesekali ada jugak spray kat dalam rumah. Tapi, cepat-cepat saya bersih dan disiplinkan dia. Sebab tu senang nak tahu, kalau dia buat salah, dia mesti lari lintang-pukang kalau tengok saya. Saya belum marahpun, dia dah lari tak cukup Tanah. So, Pursue ni sangat disarankan kepada pembaca budiman. Bukan sekadar membersihkan bilik air, tapi macam-macam gunanya. Tak percaya, cubalah. Mahal? Taklah. Beli sebotol boleh guna hamper setahun. OK kan?

Mamai Ke Apa?

Sekarang ni, perut saya memang tak tahan sangat. Suka-suka hati dia je bila-bila nak makanan. Sebelum pukul 1 saya dah rasa semacam so apa lagi, ada orang nak bagi nasi lemak, terus makan di kantin. Ketika sedang enak menjamu selera, dua orang kakak datang pada saya. Kakak 1: Tinta kalau tak mekappun lawa. (Gulp, dah mamai ke kakak ni? Betul ke tak betul ni?) Kakak 2: Manislah. Tebiat agaknya dia orang ni. Kakak 1: Tak payah mekappun lepas ni tak apa. Dah OK dah, Tinta. Eh, apa yang dia orang merepek ni? Saya duduk office, memanglah tak mekap. Sayang OO kulit wajah. Mekap hari-haripun tak elok jugak kan? Duk office memang taklah jawabnya. Kalau keluar atau orang datang tu, kenalah kalau tak banyakpun sikit. At least presentable. Nampak menarik kalau tak cantikpun. Saya bukan jenis mekap sentiasa sampai nak sembunyikan dari orang wajah sebenar. Bila beraktiviti luar atau lasak, lagilah. Bedakpun tak ada. Hahaha kat office ni pun tak pakai bedak, tak pakai lipstick. Tu yang saya rasa kakak berdua ni mamai tu. Bagi saya, mekap tu ikut situasi. Kalau tak mekappun tak apa. Biarlah orang tengok waktu saya tak lawapun. Sekurang-kurangnya orang tahu wajah asli saya. Kalau tak lawapun tak apa. Inilah saya. Dan saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Wajah cantik atau tidak, semuanya anugerah Allah. Kitakan dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Apa yang penting, kita cuba perbaiki diri kita supaya Nampak cantik walaupun tanpa wajah yang lawa. Terima kasih Allah, atas kurniaanMu yang banyak padaku.

Berpotensi Menimbulkan Kemarahan Saya

Assalammualaikum readers, Sedang buat apa tu? Sibuk ke? Marah lagi? Belum marah, tapi nak marah. Fasal kerja. Orang yang sama yang selalu buat saya marah lately ni. Saya tak peduli, mam tak mam. Kalau saya jadi mam, dia tu kerepek saya jadikan. Geram pulak saya. Boss saya arahkan saya bawa my assistant pergi tengok bilik untuk simpan barang-barang Sukan Dan Rekreasi. Saya macam tak percaya yang bilik tu dah siap kemas memandangkan barang-barang lama yang banyak yang dah sekian lama diperam dalam tu. Saya dah bersedia untuk menerima gula-gula dari mam konon-konon tu. Saya call staff dia Zira, beritahu nak tengok bilik tu. So, Zira dan our technician pun bersama-sama kami ke bilik tingkat satu blok sebelah. Seperti yang saya jangka, tak berkemaspun biliknya sekadar ada sedikit ruang macam tempat laluan je yang diberinya kepada kami. Gila ke apa? Dia tahu tak barang-barang sukan dan rekreasi ni banyak??? Yang sedia ada kat dalam tu, saya nak kemas, nak bersihkan dan nak hantar dobi mana yang patut sebab nak selaraskan balik. Lepas tu, barang-barang tu pasti akan sentiasa keluar masuk. Jadi, saya perlukan tempat yang proper untuk simpan barang saya. Dia ingat, saya ni macam dia, nak bilik, lepas tu peram barang-barang dalam tu macam tempat perlupusan sampah. Patutlah boss saya kata dia ni tak pandai manage. Memang confirm, kalau setakat nak kemas bilik storepun tak pandai, apa lagi nak manage benda lain. Bukan susahpun, kau bagi je arahan kat staff kau suruh kemas. Kalau ada barang department lain, kau panggil staff berkenaan suruh datang kenal pasti. Mana yang tak nak, buang. Buat apa nak simpan sampah? Fail-fail akaun tu, makan ruang, buang jelah. Dah berapa tahun dulu punya fail. Kalau tak nak buang, kau arahkan je staff berkenaan scan, simpan dalam soft copy kan jimat ruang. Lepas tu hard copy tu buang semua. Iii... Membara jelah saya dengan dia ni. Dia ingat semua orang bodoh ke? Dia nak gula-gulakan orang tengoklah sikit. Cuba bagi je saya satu bilik, tak kemaspun tak apa. Tahulah saya nak buat apa dan macam mana. Cepat je boleh masuk barang-barang saya ni. itu pun tak boleh fikir. Susah betullah. Manage tak pandai, pangkat nak, kuasa nak, gaji besar nak. Tapi office bayar sia-sia. Kau tak menyumbang langsungpun kat office. Yang kau tahu, sibukkan benda yang remeh-temeh, jaga tepi kain orang. Ya Allah, bengangnya saya. OK, ada menyumbang, tapi tak setimpal dengan jawatan dan gaji yang diterima. Ingat office ni office main-main ke? Macam mana nak maju kalau ada boss macam ni? Saya cakap, orang tak suka sebab saya cakap direct. Tapi kalau korang tak boleh fikir dengan baik, memanglah saya marah dan saya, tahu jelah. Saya akan cakap direct, tak ada simpan-simpan, kawan tak kawan, boss tak boss. Saya peduli apa? Nak benci, bencilah. Ni semua untuk kebaikan korang jugak, untuk kebaikan office kalau dalam hal kerja ni. Sekurang-kurangnya saya tak berpura-pura, tak bodek-bodek. Tak suka tak apa. Allah yang bagi saya makan dan hidup, kalau orang benci, tahulah macam mana Allah nak manage saya. Sebab tulah sekarang ni, saya tak kisah dah, orang nak benci ke, tak nak kawan ke. Korang ingat korang bagus sangat ke nak benci dan nak pinggirkan orang? Siap nak kenakan orang lagi. Allah tu ada. Satu hari nanti, korang tahulah langit tu tinggi ke rendah. Pasti bertemu Rabu dengan Khamis.

Wednesday, January 25, 2017

Suami Orang

En. Abang yang beristeri, tetapkanlah hati awak untuk isteri awak kerana dia yang lebih layak mendapat perhatian awak. Tentang saya, cukuplah perhatian yang setakat mana saya ada sekarang. Biarpun sekarang saya tiada perhatian dari orang yang istimewa, saya still OK. Saya nak minta maaf, saya perlu bataskan hubungan saya dengan awak sebab saya tak mahu melukakan hati kaum sejenis saya. Mungkin saya ni belum kahwin walaupun dah sampai usia yang patutnya dah kahwin. Tapi saya belum terdesak untuk mencari pasangan. Saya serahkan segalanya pada Allah tentang jodoh dan pertemuan saya. Cuma kalau boleh, saya tak mahu melukakan hati wanita lain walaupun sekadar keluar bersama. Memang tak salah keluar bersama tapi kalau ada perasaan lain dari pihak awak, ianya cukup melukakan hati sang isteri dan saya tak nak terheret sama dalam permasalahan tu nanti. Kalau untuk berurusan tak apalah. Tapi kalau berjumpa, keluar tanpa urusan, dengan ada perasaan lain, biarlah kita elakkan. Makan di hotel berbintang lima? Tak apalah, lebih baik awak bawa isteri awak candle light dinner dengan dia. Boleh bincang apa masalah yang melanda kalian sambil menikmati makan malam romantis. Kalau saya teringin nak makan kat hotel lima bintang nanti, saya keluar duit sendiri. Kalau tak cukup, saya kumpul sikit-sikit. Untuk berseronok dengan suami orang yang ada secebis perasan, saya tak nak. Biarlah saya kesunyian dari saya memporak-perandakan hidup orang lain. Lebih bahaya, jika saya tahu, hubungan suami-isteri tu tidak berjalan dengan baik meskipun kelihatan tidak begitu. Ingatlah, itu jodoh awak, dan itulah yang baik bagi awak, sebab tu Allah temukan awak dengan dia. Janganlah melihat kelebihan saya jika dibanding dengan dia sebab kita tak hidup bersama. Siapa tahu kalau saya yang ada dengan awak, saya tak jadi sebaik dia atau tak boleh terima awak macam dia terima awak. Dari segi rupa, dari segi sikap, dari segi tutur kata, janganlah bandingkan saya dengan dia kerana cinta itu menerima seadanya pasangan kita. Mungkin dalam diri dia, ada potensi yang boleh awak dorong serta kembangkan menjadi seorang isteri idaman awak. Ya Allah, Permudahkanlah jodoh saya agar saya lebih tenang dan tenteram andai itulah penyelamat kepada saya dari semua ini.

Saya Dan Rumah Baru

Assalammualaikum you alls, Penat saya fikir macam mana nak cantikkan rumah. Nak belanja lebih-lebih beli perabot belum boleh sebab tengah kumpul duit nak buat cabinet dapur. Nak tahu satu rahsia? Almari pakaianpun saya tak ada. Almari lama yang dah tercabut pintu tu saya tinggalkan di rumah sewa. Lagipun susah nak bawa turun dari tangga Cinderella tu, nak kena pecah bagai. So, kita mulakan hidup baru. Sekarang ni baju-baju saya lipat semuanya. Mujur saya ada banyak kotak plastic yang bertutup. Tak adalah bersepah atau Nampak sangat baju terbuka. Ada yang tak muat tu, saya masukkan dalam luggage dan bakul. Tak kisahlah. Yang penting, kemas dan tersusun rapi. Baju saya banyak sangat. Dari saya pindah tengah bulan November lalu sampai sekarang, belum habis satu pusingan baju yang saya pakai. Sayapun tak pasti berapa pasang baju yang saya ada. Rasa macam baru duduk KL pulak. Langsung tak ada perabot dalam rumah. Yang ada hanya katil bujang, cabinet dapur yang saya beli sebelum ni dan belum digunakan, peti ais dan mesin basuh yang abah belikan masa saya baru-baru kerja lapan tahun lalu, tilam spring, tilam satu lagi yang auntie sebelah rumah Wangsa Maju bagi dan sebuah meja lipat yang kecil tempat saya letak telefon rumah dulu. Rak pingganpun tak ada. Biarlah. Semua pinggan-mangkuk saya, telah dan akan saya bagi kepada orang sebab mami dah siap-siap satu set lengkap untuk perkakas dapur. Nanti bila buat cabinet dapur, kita decide la nak susun macam mana. Pinggan-mangkukpun masih kat Kelantan. Pinggan-mangkuk orang dulu-dulu, cantik-cantik. Syukur sangat bila mami nak bagi saya barang-barang kesayangan dia tu. Mamilah yang suruh saya bagi kat orang semua pinggan-mangkuk saya. Ada yang dah sampai Indonesia dah. Ada jugak yang dah masuk rumah baru kawan saya. Kawan saya kata, pinggan-mangkuk saya cantik-cantik, kenapa nak bagi dia? Ambillah, Insya-Allah, apa yang saya akan dapat lebih dari itu. Lagipun saya beli ni masa offer Sogo dan Jusco tak adalah terasa apapun nak bagi orang. Kan elok kalau kita bagi orang barang yang elok dan cantik, itu lebih afdal kan? Ambillah, semoga korang happy dan saya juga rasa bahagia. Cuti Raya Cina ni, saya nak kemas barang-barang pindah yang masih berbungkus tu. Tapi susah sikitlah sebab tak ada almari dan cabinet. Tak apalah. Kita kena kreatif. Biar susah dulu, esok lusa ada duit lebih, kita beli apa yang kita idamkan. Saya tak naklah main beli je sekarang ni. Lebih baik saya kumpul duit, beli yang betul-betul saya nak. Puas hati, rumahpun tak crowded. Hahaha... Kalau orang datang tengok rumah saya, mesti kata saya dhaif hehehe... Musim miskin ni. Miskin sementara sebab ada benda lain yang perlukan duit. Kita selesaikan hal renovation dulu. Karang beli barang, ada duit nak kena tambah kat renovation, Haru dibuatnya. Lagipun, belajar hidup susah Tinta, supaya bila senang nanti, kita tak lupa orang susah dan moga kita tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah. Sedih? Saya tak rasa sedihpun, sebab saya yang pilih untuk susah macam ni. Boleh je kalau nak beli almari tapi, saya nak settle kan urusan rumah dulu. Cuma, rak atas je yang saya nak beli dulu. Saya nak letak sabun basuh, pelembut pakaian, Clorox, pencuci lantai dan sebagainya. Nampak tak kemaslah bila susun kat tepi bilik air dapur tu. Kalau ada rak atas, boleh letak atas mesin basuh. Cantiklah sikit. Jom kita tengok katalog Kosway. Rak Kosway ni orang kata not bad. Sesuailah dengan saya yang nak berjimat ni.

Tuesday, January 24, 2017

Ramuan Pencuci Rumah


Apa pulak ni? Barangan pencuci lantai dan bilik air. Dah lama tak guna barang Amway ni. Dan... Dah lama jugak tak beli barangan pencuci rumah sejak duduk rumah teres Wangsamaju yang tak berapa selesa tu. Sayapun jadi malas nak bersihkan betul-betul sebab rasa geli dengan rumah tu. Bersih apa yang patut je. Masa duduk kat Melati dulu, setiap minggu basuh bilik air, toilet dan macam-macam lagi. Siap panjat kerusi bersihkan kipas syiling. Bila dah duduk rumah sendiri ni, setiap inci rumah tu rasa tanggungjawab kita untuk jaga dan bersihkan bagi cantik. Chiko buat sepahpun kena marah. Hehehe... Dari pengalaman saya guna barangan Amway dulu, memang bersih dan puas hati. Pencuci lantai je saya tak beli sebab dah beli Ajax Fabuloso. Tapi pursue tu boleh jugak guna untuk mop lantai. Cuci lukapun boleh. Dia macam detol. Yang kiri tu, Pursue, pembersih lantai bilik air dan boleh digunakan untuk apa-apa permukaan yang ber'tile. Yang tengah tu, floor shine. Ianya digunakan selepas kita mop. Kira macam bilaslah. Dia akan mengilatkan lantai. Ni first time saya cuba ni. Tak boleh review lagi sebab belum guna. Malam ni kot nak try. Yang botol pelik sikit tu toilet bowl cleaner. Biarkan dia dalam bowl setengah jam atau satu malam lepas tu berus. Barang Amway ni, kita guna sikit je. Tak perlu banyak macam barangan lain yang kita beli kat kedai biasa. Oh ya, yang kat belakang agak tersorok sikit tu sprayer untuk Pursue. Sekadar sembur je kat tile atau surface cabinet dapur, lepas tu, lap. Sudah memadai untuk kesan yang bersih. Caranya, campur je Pursue dengan air dan letak dalam botol ni. Ops, saya bukan Amway's member. So, apa saya tulis ni jujur dari hati. Malas nak jadi member. Memang beli mahal sikit, tak dapat diskaun 20%. Tapi tak kisahlah. Semua barang ni boleh guna hamper setahun then baru beli balik. Prinsip saya, belanja lebih untuk kesan yang maksimum dan jangka masa penggunaan lama. I don't mine to spend for that. Banyak betul deretan botol kat rumah saya. Tu belum masuk pelembut pakaian, Clorox, sabun dan lain-lain. Hai, nak kena buat rak dinding ni, simpan semua botol kat rak. So, sekarang, saya tunggu toilet bowl brush and flash cleaner sampai dari Tesco malam esok sebab slot penghantaran malam ni dah penuh. Flash cleaner tu apa? Ala, korang tahu tak air biru tu? Ketulan pencuci yang kita masukkan dalam flash, lepas tu bila kita flash toilet, dia akan flash bersama pencuci. Pencuci tu akan menyebabkan air dari flash tu berwarna biru. Kat bawah ni, saya sertakan harga barangan untuk mereka yang berminat. Tapi harga ni, harga bukan ahlilah ya sebab saya bukan ahli hehehe... Floor Shine 1L =RM36.60 Pursue 1L =RM35.45 Toilet Bowl Cleaner 750L =RM36.30 Pistol Grip Sprayer =RM11.00

Yang Dinanti Telahpun Tiba!!!

Assalammualaikum kawan-kawan :) Saya baru je lepas shopping kat Tesco Online. Hahaha barang shopping kat Lazadapun dah sampai petang semalam. Apa dia? Mop dan pilihan saya warna pink! Cantik tak? Cantik tak? Hanya RM26.80 sahaja. Sabtu hari tu, ada orang jual mop yang sebiji sama. Untuk kawan-kawan dia jual RM70.00. Alamak, entah-entah mop dia ni lagi berkualiti. Ada jugaklah rasa menyesal dalam hati. Tapi... Selepas saya tengok mop saya ni, saya rasa syukur sangat sebab kualitinya sama tapi harganya jauh lebih murah. Alhamdulillah Allah. Rezeki sayalah ni. Allah kan bagi kita rezeki dalam pelbagai bentuk. Masa receive petang semalam saya sorang. Just buka tengok gitu je. So pagi ni, barulah sibuk kecoh-kecoh duk memasang dengan Aqilah. Diapun excited tengok sebab yang dia beli dulu tak ada yang bentuk macam pemerah limau tu. (Istilah Aqilah). Gambar yang pertama ni, gambar asal tibanya. Belum dipasang. Ada batang, ada baldi (saya panggil besen mandi baby sebab rupa dia lebih kurang macam besen mandi baby cuma kecik), penapis dan dua rambut mop. Rambut mop? Hehehe whatever. Yang penting saya tak payah perah mop pakai tangan dah. Hahahaha buruk betul perangai anak dara ni. Saya geli hehehe... Waaahhh... Orang tua Ramli driver office ni ikut sibuk sekali memasang dan berfikir. Sebab, mula-mula pasang, mop tak berdiri tegak. Rupanya sendi mop yang dekat dengan kepala dia tu boleh ditegak dan dibengkokkan. Selesai masalah tu, satu lagi masalah timbul. Kat pun ikut datang tengok kami duk kecoh-kecoh. Hahaha kecoh depan bilik boss lagi. Boss buat bodoh je. Masalah kedua, kenapa pulak bila lepas perah mop, penapis dia ikut naik dengan mop? Tercabut dari besen? Mesti salahlah ni. Kecoh lagi sebab besi penyambung penapis dengan besen tak boleh bukak. Akiiiiifffff.... Tolong cabut besi ni. Dah semua orang saya libatkan dalam masalah mop saya ni. Akif budak baik tu pun datanglah membantu. Aik, senang je dia bukak besi tu. Cuba punya cuba. Si Kat pulak lekatkan besi tu. Akif jadi penyelamat buat kali kedua. Bijak jugak otak Qilah ni. Dia google tengok mop ni. Tak puas hati, dia buka pulak tutorial kat Youtube macam mana cara nak pasang penapis tu. OK! Masalah selesai. Salah pasang rupanya. So sekarang, penapis tak ikut mop lagi dah. Lepas pasang, Qilah buat pulak tutorial kat saya macam mana nak guna mop ni. Batang mop ni boleh di 'lock' untuk statikkan mop ni tegak. Kalau kita buka 'lock' dia, batang dia boleh dinaikkan dan diturunkan. Just letak mop dalam penapis, tekan je batang mop tu ke bawah, so, penapis beserta kepala mop akan berpusing untuk keluarkan air. Pendek kata, perahlah. Buat berulang kali sampai kering mana yang kita nak dengan naik turun batang tu. Bila rasa dah OK, 'lock' batang mop dan moplah lantai.

Gambar kedua kat atas tu, rupa mop ni setelah siap dipasang beserta perkakasnya. Semangat ni nak balik mop rumah.

Sunday, January 22, 2017

Hangin Satu Badan

Hahahaha meroyan nak update blog petang ni. Mood nak bercerita datang. Sambil-sambil tunggu Maghrib kan. Kisah ni berlaku minggu lepas. Saya memang pantang orang usik kerja saya. Kalau nak usik saya personal, saya boleh sabar lagi macam apa yang kawan-kawan buat kat saya ni, saya serahkan je pada Allah. Tak perlu nak marah dia orang atau nak bising-bising kat dia orang, atau nak balas balik kat dia orangpun saya tak kuasa. Saya wakilkan Allah je yang mengendalikan mereka. Saya tak perlu risau dan takut. Dalam bab kerja, siapa kacau saya, memang nahaslah kau. Alkisahnya, bahagian transport ni ada staff baru masuk. Mula-mula dia masuk, saya pelik sikit dengan dia. bila saya call dia, dia OK je tapi bila saya sebut nama saya, dia mesti menggelabah tak tentu fasal. Apa kenalah dengan minah ni. Rupa-rupanya, driver bagi tahu saya, boss dia orang dah siap-siap pesan, kalau saya atau boss saya punya hal, settle kan dulu. Jangan main-mainlah maknanya. Hai, besar sangat ke saya ni sampai boss dia pesan macam tu kat dia? Whatever. Yang penting urusan saya smooth. Saya OK je dengan dia, boleh bertegur sapa dan bergurau senda. Tiba pada suatu hari, staff saya buat booking transport ke Air Asia. Memang kami selalu book awal sebab jadual kelas akan dapat end of month, so, kami book untuk satu bulan. Staff tu call saya. Dia kata, saya kena naik uber atau grab ke AA sebab transport nak ke our brunch at Pahang. OK. Saya faham. Dia minta saya cakap dengan boss saya sebab nampak gaya, dia takut nak cakap dengan my boss. Setelah berbincang, kami setuju sebab dah tak ada jalan lain. Bila bagi tahu kat director nak minta advance, director kurang setuju kami naik Grab, But what to do, there are no other way. Tapi saya inform that staff, our booking still on. Means, kalau dia orang tak jadi ke Pahang, transport tu automatik balik kat saya. She agreed. Tiba hari kejadian, saya pelik, driver yang suppose drive to Pahang ada je kat office. Ooo... May be dia orang gerak lambat sikit. Sayapun buatlah kerja macam biasa. Someone called me. Sembang punya sembang, dia cakap, nak book transport, nak pergi ke JKM untuk settle kan urusan dia. Saya: Eh, bukan transport pergi Pahang ke? Dia: Tak jadilah. Tu yang aku nak minta transport ni. Saya: Eh, kalau tak jadi, mana ada transport. Automatik transport tu hantar kita orang gi AA. Tapi kenapa dia orang tak inform aku yang Pahang canceled? Confirm ke canceled? Dia: Confirm. Boss aku ada kat office. Boss kawan saya tu salah sorang yang suppose to go to Ipoh. Ini dah buat saya marah ni. Sabar dulu Tinta, kita check dulu sebelum meletup. Nanti kalau salah, buat malu je. Saya call my staff. Saya: Pahang cancel ke hari ni? Kau tahu? (Suara saya serius. Assistant saya yang memang arif dengan sikap saya ni, dah tahu yang saya akan meletup.) Staff: Tak tahu. Tadi ada tanya Kak Zira (bukan nama sebenar), dia cakap, tak tahu driver nak pergi pukul berapa. Lepas tu dia diam sampai sekarang. Driver ada je kat sini tadi. Tapi aku memang suspect ada something sejak semalam. Saya: Kenapa? (Makin bengang) Staff: Nampak macam dia orang bincang something tapi diam-diam. Lepas tu, aku dengar, Kak Zira terima call dari someone then dia kata OK. Dengar macam caller tu book transport. Aku pelik, transport kan pergi Pahang. (Tanpa banyak soal, semua assistant saya cerita kat saya. Katanya, sebelum dia kena bambu dengan saya, better dia cakap jujur-jujur dengan saya. Dia tahu kepantangan saya menipu. Kalau tak, masaklah dia saya mengamuk.) OK, now I understand. Kau nak main-main dengan aku ya? Kau tak tahu lagi aku macam mana. Kau dah lupa ke pesanan boss kau masa baru-baru kau masuk yang jangan main-main dengan aku? Memang kau nak kena. Tanpa berlengah, gagang telefon saya capai dan terus call extention Zira. Saya: Kak Zira, Pahang cancel, betul ke? (Suara saya serius.) Zira: Ha'ah, cancel. Saya: Kenapa tak bagi tahu saya? Zira: Tinta kan pergi naik Grab, dah dapat advance pun kan? (Kedengaran suara dia terketar-ketar.) Saya: Mana akak tahu saya dah dapat advance? (Saja saya nak bersoal-jawab dengan dia. Suara saya makin keras walaupun perlahan.) Zira: Yelah, hari tu kan dah dapat kan? Saya: For your information, saya tak dapatpun advance tu sebab peti cash tak ada duit. Dan director cakap, kalau Pahang tak jadi, saya kena naik transport office. Kan hari tu saya dah cakap, walaupun office setuju nak bagi advance, booking saya still on. Maknanya, kalau Pahang tak jadi, dapat advance tak dapat advance, you have to come back to me. Kenapa akak tak discuss dengan saya bila Pahang tak jadi? Kenapa tak bagi tahu saya yang dia orang cancel? Zira: Akak ingat dah settle dah... Saya: Mana boleh ingat-ingat. What do you aspect, saya tahu semua benda? Cancel pun saya tahu sendiri? Macam mana saya nak tahu cancel bila akak tak inform saya? Kenapa akak diam je? Saja nak kenakan saya ke apa ni? Saya nak transport saya balik. (Saya terus matikan talian. Sebenarnya saya sangat marah bila ada unsur penipuan di situ. Saya memang pantang orang menipu saya. Tak ada transport tu bukan masalah besar sangat. Tapi saya nak ajar dia orang ni, jangan suka nak kena kan orang.) Saya call boss saya dan discuss. Memang bisinglah saya membebel. Boss saya cakap, transport kena adalah sebab kita book dah lama. She have to cancel all the new booking because our booking dah buat sebulan lepas. And, grab ke AA mahal. Suruh orang yang pergi dekat-dekat tu naik Grab sebab murah. Tu pun tak boleh fikir ke? Tiba-tiba boss dia turun. Peduli hapa saya. Saya tak takut. Dia yang salah. Saya tak heranpun dengan boss dia sebab saya betul. Kalau saya salah, saya akan mengaku dan minta maaf. Silap-silap, boss diapun tahu fasal ni. Boss dia ni kan pendendam. Hari tu kan dah kena dengan saya. Kak Zira: Tinta, boss akak nak jumpa kat bilik kecil. Saya: Jangan cakap dengan saya, cakap dengan my boss. (Biar boss dia kena dengan boss saya. Dia takkan berani panggil boss saya mengadap sebab, boss saya terus akan direct je tepek kat muka dia. Kalau dia nak, dialah yang kena pergi mengadap boss saya.) Benar bagai diduga. Tadi bukan main lagi panggil saya mengadap kat bilik kecil, sudahnya, dia yang masuk mengadap boss saya. Siap bawa staff dia tu lagi. Lantakkan. Jangan berani-berani nak kenakan saya dalam hal kerja. Telefon di meja saya berdering. Boss saya panggil saya masuk sekali. Alah, mesti boss dia tu yang suruh boss saya panggil saya sebab dia tak puas hati tak dapat jumpa saya tadi. Boss dia cakap jangan bising-bising macam tu. Tak best kerja satu office. Kenapa tak bincang dengan dia?Back up staff la konon. Sudahlah. Depan staff baru bolehlah. Kami staff lama ni dah tahu sangat perangai kau. Staff dia tak salahlah konon. Dia bercakappun macam menipu. Kejap cakap tahu cancel Pahang petang semalam. Kejap kata pagi tadi. Nampak sangat putar belit. Saya: Apa yang puan aspect? Puan aspect saya yang pergi bincang dengan puan? Sedangkan saya tak tahupun Pahang cancel. Kenapa staff puan tak bincang dengan saya? Staff puanlah yang sepatutnya bagi tahu saya yang Pahang cancel. Tak bolehlah main rasa-rasa, ingat-ingat je. Kena ada facts yang betullah. Boleh pulak main ingat-ingat. Jangan assume lain kali. Staff dia memang diam tak berkutik. Dia pulak try bela staff dia. My boss: Bukan masalah bising. Masalah sekarang ni, kita rasa you all cuba menipu kita. Her boss: Saya rasa tak betul bila you cakap Zira macam tu. Zira takkan nak tipu you all. My boss: But we feel. Bila you tahu benda tu cancel, why not you come and discuss with Tinta? And you tahukan yang our booking still on? (Yes, boss sayapun tak kurang hebat membela saya, staff dia ni.) Her boss: Tapi saya tak sukalah, bising-bising macam ni. (Tak sukalah bising-bising sebab kau dah kena kan? Cuba kalau kau tak kena. Kau tak kisahpun kalau orang bising. Kes tikus tu kenapa kau tak marah sifulan bising? Sebab kau nak kenakan orang kan?) Saya: Saya bisinglah sebab saya rasa benda ni tak betul. My boss: This is a lesson. Next time, dont do this. Come and discuss with us. Bukan masalah bising tak bising. Jadikan ni satu pengajaran. Boss dia nipun bukan berani sangat. Cepat-cepat nak lari. Bagus jugak kau lari, sebelum aku tepek kau macam-macam. Jangan suka buli orang dan jangan suka kenakan orang. Diri sendiri tak betul, nak cari salah orang. Sebelum kenakan orang, pastikan kerja kau tu tip top dulu. Kalau kerjapun tak berapa nak siap, jangan main-main dengan orang. Saya rasa dia terkejut sebab saya berani tegakkan kebenaran saya dengan dia. Saya tak diam macam orang lain. Itu memang saya. Saya tak peduli siapapun dia. Directorpun saya berani confront. Ini pulak dia yang nyata salah. Staff dia, nangis. Bukan saya suka nak buat orang macam ni. Tapi as a my boss said, this is a lesson. Jangan main-mainkan orang. Kau kata kau ada pengalaman kerja 16 tahun, takkan benda cam ni pun nak nangis? Takkan tempat kerja lama awak selama enam belas tahun tu semua orang baik je tak pernah marah awak? At last, saya dapat jugak transport tu. Janji Zira akan bagi tahu boss saya fasal transport tu. Sampai sudah dia tak come back to us. Driver je yang datang cakap ada transport. Allah tu Maha Adil. Dia tunjukkan kebenaran pada saya. Driver sebenarnya yang malas pergi AA tu mengikut cerita. Idea diamkan Pahang cancel tu idea sorang driver yang suppose hantar saya ke AA. Yang kau sebagai supervisor tu, pergi ikut cakap driver, bersubahat kenapa? Padan muka. Last-last kau yang kena dengan aku. Sampai hari ni dengarnya dia trauma dengan saya. Lantak kaulah nak trauma ke, nak apa ke. Saya memang marah lepas tu saya tak ada simpan dendam atau panjang-panjangkan hal tu. Kau tak nak tegur sudah. Tambah pulak ada si pencucuk tu, kalau kau dengar cakap dia, memang habislah. Aku tenang je, kau yang tak tenang sekarang kan? Nak brrurusanpun takut dengan saya. Kalau saya nak berurusan, saya akan OK je, datang berurusan dengan dia. Profesional la. Tak nak bising-bising konon boss dia tu. Sebab tulah kebanyakan staff kat sini naik lemak, sebab tak boleh dimarah. Lepas tu tahu pulak staff tak berkualiti. Macam mana staff nak berkualiti kalau management tak disiplinkan dia orang? Kalau staff salah, cakap terus-terang dia salah. Jangan sibuk nak back up sebab kau bias. Saya tak peduli, lepas ni, kalau ada benda yang buat saya marah, saya akan bising. Peduli apa saya. Jangan main-main. Dalam kerja, marah, fire, tu biasa. Saya dah kerja kat company luar, marah tu biasa. Gaduh tu biasa fasal kerja. Lepas tu elik je. Sebab tulah company luar tu maju. Saya peduli apa, kau staff baru ke lama ke. Kalau kesilapan tu sebab tak tahu dan tak sengaja, ya. Saya faham awak staff baru. Tapi kalau ada unsur komplot macam ni, saya memang tak boleh terima. Staff barupun saya hentam. Takkan tak boleh fikir pakai otak? Allah kan bagi akal fikiran. Yang pergi ikut idea bodoh tu kenapa? Last-last kau yang kena, driver tu OK je dengan saya. Saya malaslah nak buka cerita yang dah tutup. Tapi kalau berulang lagi, dengan driver-driver tu saya kenakan. Orang yang bagi tahu saya tu bagi tahu dua tiga hari lepas tu. Kalau saya tahu dari awal, driver tupun kena dengan saya. Bilalah nak berubah mentaliti staff kat sini. Orang sibuk nak majukan kerjaya, majukan organisasi, korang sibuk nak kenakan sesama sendiri, malas, mengelak kerja. Apa nak jadilah korang ni? Ingatlah gaji tu jadi darah daging. Halal ke korang bagi makan kat keluarga kalau korang mengelak buat kerja? Apa-apapun ingat Tuhan. Jangan asingkan kehidupan dengan agama.

Personal Whatsapp Abah

Assalammualaikum semua, Selamat berhari minggu. Dah siap buat kerja rumah? Haaa... Saya rasa lega sebab minggu ni siap buat kerja rumah awal. Bolehlah berehat-rehat. Bajupun dah iron untuk seminggu. Yang paling penting, saya tak kena pergi Air Asia minggu ni. So, banyaklah masa saya kat office. Lalalalalalalalalala... Dapatlah saya buat kerja-kerja office saya minggu ni. Tak best tu, ada dua meeting. Menyampah betul. Saja je nak bercerita. Family saya macam family orang lain jugak. Ada group Whatsapp. Saya tengok, abah hantar video dan suruh ahli group amalkan. Lepas tu ada personal Whatsapp abah masuk kat saya. Benda yang sama. Abah memang selalu macam tu, walaupun hantar dalam group, kat saya dia mesti PM tepi. Kat orang lain tak pulak. Kenapa ya abah? Terima kasih sebab ingatkan along ya, abah.

Saturday, January 21, 2017

Tiba-tiba...

Malam ni, tiba-tiba teringat kat awak. Tak habis saya berfikir, kenapalah awak sampai hati buat saya macam ni? Sedangkan awak terlalu baik pada saya sebelum ni. Lebih mengecewakan saya, bila tahu akan isi perbualan awak bersama suami Zarina tahun lepas. Tergamak awak cakap macam tu. Mujurlah kata-kata awak tak mempengaruhi suaminya yang ketika itu bakal suami. Kenapa ya fikiran awak terlalu singkat? Kata-kata En. Syam langsung tak melekat kat hati awak. Untunglah Zarina kerana mempunyai suami yang teguh pendiriannya. Yang rela menemani Zarina untuk sepanjang hidupnya, insya-Allah. Saya doakan mereka bahagia sampai Jannah. Maka, tahulah saya, dah lama rupanya awak berniat untuk tinggalkan saya. Agaknya, sebab tulah awak jarang datang jumpa saya. Alasan susah parking tu mungkin alasan sematalah kot. Hinanya saya rasa saya pada pandangan mata awak. Kalau En. Syam ceritakan semua isi perbualan tu pada saya, pasti saya faham dan lebih bersedia. Tak apalah awak. Kalau kesempurnaan yang awak cari, percayalah, awak takkan rasa bahagia sebab kesempurnaan tu tak pernah wujud di fana ini. Percayalah cakap saya. Kalau hari ni awak tinggalkan saya dengan alasan saya tak sempurna, maka akan tibalah hari awak nanti yang akan ditinggalkan atas alasan yang sama. Allah tu Maha Adil. Jika apa yang berlaku dalam hidup awak sebelum ni tidak menjadi pengajaran pada awak, maka akan datanglah pengajaran baru buat awak agar awak belajar dan ianya merupakan suatu peringatan daripada Allah.

Robot Vakum

Ada mood la ni banyak update ni. Tak ada orang komenpun, bila Nampak pertambahan pengunjung dan ada orang view entri saya buatpun dah memadai. Kan dalam entri sebelum ni saya cerita, saya malas nak menyapu kan? Ish, anak dara apa ni? Geleng kepala kalau mami saya tahu. Tapi along buat jugak mami, sebab nak bersih. Walaupun terpaksa. hehehehe Saya ada google, ada tak vakum yang boleh jalan sendiri tanpa perlu kita pegang? Adaaaa... Jenama Electrolux. Saya pasang angan nak beli vakum ni. So, hari-hari boleh bersihkan rumah. Electrolux ni mahal sikit RM1,800.00. OK la untuk rumah sendiri. Tapi, masa tengok Lazada semalam, ada jenama LG kalau tak silap ke jenama apa entah, RM719.00 je. Nanti saya nak baca review dia. Nanti bila ada duit lebih, saya akan beli benda alah ni. So, saya boleh mop je, tak payah menyapu lagi dah hahahahahahahahahaha (Amboi, ketawa besar Nampak? Bila nak beli tu?)

Lazada Oh Lazada

Hahaha cerita shopping lagi. Korang tahu tak saya ni pelik sikit. Saya suka mop lantai, tapi malas menyapu. Kalau dah nak mop, kenalah menyapu kan? Apa boleh buat. Lantai tile, kenalah rajin sapu dan mop kalau tak, kotorlah melekat habuk. Lantai rumah saya ni, jenis sejuk. So, habuk memang cepat melekat. Menyampah betul. Kata nak rumah sejuk, kenalah pakai tile macam ni. Cuma, masa mop, saya tak suka perah mop. Saya rasa geli. Hehehe apalah. Dulu, angah pernah beli satu mop. Mop yang tak payah pegang pakai tangan bila nak perah. Seronok betul saya mengemop bila balik kampung. Happy rasanya. Nak cari mop gitulah. Kawan saya pulak, pakai mop yang pakai pijak-pijak tu. Ah, tak bestlah. Saya sembang-sembang dengan assistant saya fasal mop. Dia suggest kan saya guna satu mop ni, katanya, memang tak payah pegang bila nak perah dan tak payah pijak. Haaaaa... Matapun mula bersinar bagai kejora terang malam cia, cia, cia... Apa lagi, terus on Lazada. Pilih-pilih, terus order. RM26.00 je kalau tak silap. Satu set dengan baldi pulak tu. Mestilah warna pink jadi pilihan hati. Dah tengok Lazada tu, berkenanlah pulak kat blender jus yang siap ada straw kat botol dia tu. Lepas blend, boleh minum terus. Dua fungsilah maknanya. Blender dan botol minuman. Yes, saya dapat RM36.00 beserta dua botol. Assistant saya kata, dulu dia beli dapat satu botol je. Harga murah sikitlah. Sesuailah dengan tema diet sambil jaga kesihatan ni. Perut, jangan meragam lagi ya. Saya akan isi kamu dengan makanan berkhasiat lepas ni. Tapi oren kegemaran tak boleh tau buat masa ni. Tu pesanan doctor. Nak order M&M UK, tapi lambat benar sampainya. So sekarang blender dah sampai, mop ni, cepatlah sampai. Tak sabar ni, nak mop rumah dengan mop baru. Malam tadi, Tesco dah hantar Ajax Fabuloso Antibactirial Apple Fresh All-Purpose Cleaner, malam tadi jugak saya menyaypu dan mengemop. Sekali beli 3 liter, hambik kau. RM16.99 je, murahkan? Bekalan setahun kot. Hehehe saya berkenan dengan Ajax Apple ni bila tengok mama saya guna. Wangi tuuu...

Tesco Online

Assalammualaikum readers, Saya kat office :( kerja :( Malaslah cerita fasal kerja. Zaman IT ni, memang sangat memudahkan. Dengan duduk di pejabat atau rumah, kita boleh shopping. Hahaha saya ni kerja window shopping je sekarang ni, Tesco, Lazada. Perempuankan? Makin cepat habis duit macam ni. Lagi senang nak tengok harga, tengok jenama, detail produk, semuanya mudah. Hobi baru saya, window shopping online hehehe... Maka malam tadi, sampailah barang-barang yang saya shopping di Tesco di hadapan pintu rumah saya. Seronoknya rasa. Lepas ni boleh shopping lagi. Nak beli barang basahpun senang. Tak payah pergi pasar. Dahlah saya tak suka pergi pasar. Hahaha jangan guard rumah saya tu tak bagi lori Tesco masuk pulak lepas ni dahlah. Rumah saya tu, kalau lori hantar barang datang malam, kena inform security guard. Masa saya cakap semalampun, dia Tanya, lori apa? Dari mana? Barang apa? Cerewet betul. Macam beli kondo mewah pulak. Tapi Alhamdulillah, aspek keselamatan tu diutamakan. Alhamdulillah, saya rasa selamat duduk kat sini. Terima kasih, Allah.

Friday, January 20, 2017

Kerongsang Korea

Assalammualaikum readers, Harap all of you sihat hari ni. Moga semua ceria di pagi Jumaat ni. Cantik tak? Berkilau-kilau kan?
Tiga minggu lepas ada orang call saya. Katanya, kawannya dari Korea akan pulang ke Malaysia. "Ada nak kirim apa-apa tak?" Wow! Pucuk dicita ulam mendatang. Kerongsang! Suruh beli skin care karang pengsan pulak. Lelaki kan. So beranganlah saya nak pakai kerongsang Korea bertatahkan batu Swarovsky yang cantik berkilat tu. Dah berangan nak pakai yang bentuk Bunga Tuliplah, payunglah. Hmmm... Semalam, bila dapat, yang kecik-kecik je yang dibelinya. Sedih sangat. OK la, terubatlah jugak. Dapatlah jugak kerongsang Korea batu Swarovsky berkilat tu. Kawan dia akan balik tahun depan pulak. Jenuh nak tunggu setahun lagi. Jom pergi Korea. Saya dah ada senarai ni nak beli apa kat Korea hehehe. Borong kerongsang tu paling utama hehehe... "Masa saya pergi Korea dulu, saya bagi awak kerongsang, awak kata besar sangat, macam mak datin. Saya suruhlah kawan saya beli yang kecik." Selamba dia beritahu saya. "Memanglah saya nak kecik. Tapi bukan nak yang pakai kat leher. Saya nak yang boleh pakai kat bawah tudung atau bahu," Hadoi, susah betullah lelaki ni. Dia gelak je. Dia bagi saya 15 biji suruh pilih. Saya cakap nak semua. Saya kirim OK, bukan minta. So saya nak beli semua. Dia kata, dia nak bagi je kat saya. No, no, no, saya nak beli. Tapi dia cakap, tak boleh semua, nak bagi kat kawan dia jugak. OK, saya pulak pandai-pandai putuskan. "Saya ambil 10 awak ambil 5," Hahaha sebab tulah saya nak beli. Tak nak ambil free. Dia gelak je sambil setuju. Nasiblah labu.

Thursday, January 19, 2017

Favourite Staff

Assalammualaikum semua, Rasa sejuklah. Dahlah hujan kat luar sana tu. air cond pulak betul-betul kat atas kepala saya ni. Sesekali nak cerita fasal pejabat pulak ni. Ada orang kata, saya ni favourite staff boss saya. Ada orang kata, boss saya tu high taste so, bila menjadi favourite dia tu, maknanya bukan calang-calang orang. Hehehe ye ke??? Memang boss saya tu memilih sikit siapa yang nak jadi staff dia atau siapa yang dia suka kerja yang dibuat. Banyak hasil kerja orang yang dia tak berkenan walaupun orang yang rapat dengan dia. Kata staff lama, bukan mudah dia nak berkenan kat orang. Apatah lagi nak jadi staff harapan dia. Kenapa? Sebab dia tu terlalu cerewet dalam kerja. Bukan semua orang boleh ikut cara dia. Hahaha yang best tu, diapun tahu, bukan semua orang nak jadi staff dia sebab dia cerewet dan cakap direct. Tu dia sendiri yang cakap dengan saya. Kata dia lagi, ada yang rapat dengan dia kat office ni tapi, dia orangpun tak nak jadi staff dia. Tapi sayapun tak tahu, betul ke saya ni favourite staff dia? Apa yang saya tahu, dia yang request kat management untuk saya under study dia sebagai persiapan dia nak pencen. Kecoh jugaklah masa saya nak tukar department tujuh bulan lalu, PR tak nak lepas saya sedangkan department ni nakkan saya. tiga kali ExCo meeting jugaklah duk bincang fasal saya, siap bertekak-tekak lagi sebab ada council member pun nak saya pindah ke department Accessibility and Advocacy ni sekaligus jaga Sukan Dan Rekreasi dia. Dah diluluskan berpindahpun, HR lambat keluarkan surat. Pernah jugak keluar surat salah dari segi jawatan dan department, masuk ExCo balik dan bertekak lagi. Terima kasih kepada semua yang fight untuk saya. Sebenarnya, masa saya baru-baru masuk kerja lagi boss saya ni dah minta saya masuk department dia. Tapi management kata, PR lebih perlukan saya. Boss tahu macam mana kerja saya sebab masa saya buat executive training dulu, saya ditempatkan bawah dia. Alhamdulillah, sekarang ni, ada jugak kerja yang saya buat, boss saya dah tak nak semak. Suruh je saya terus hantar ke mana yang perlu. Kadang-kadang, lepas dia komen kerja sayapun, dia dah tak nak tengok apa yang saya betulkan. Suruh terus hantar je. Tapi saya ni lebih suka boss cek kerja saya, takut salah. Ada jugak orang kata, saya ni favourite staff council. Council yang selalu deal dengan sayalah. Ada council kata, kerja saya efisien. Betul kerrrr??? Tu yang banyak benda dia orang nak saya masuk dalam meeting atau komiti. Nak suruh kerja berjalan katanya. Amboi, matilah saya kalau semua nak kena buat. Ops, jangan cakap saya bodek ya. Saya ni direct orangnya. Apa yang saya tak suka, saya cakap terus-terang walaupun dengan council. Bodek-bodek tak mainlah. Dan saya nipun cerewet orangnya terutama dalam bab kerja. Efisien tak efisien tu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya perlu siapkan apa yang sepatutnya saya buat. Kesimpulan yang saya dapat, dalam dunia pekerjaan ni, kita tak perlu bodek untuk dapatkan sesuatu jawatan atau pangkat. Tak perlu jugak bodek untuk orang sukakan kita. Buat je apa yang patut kita buat so, lama-kelamaan, orang akan Nampak kita. Bila kita kerja betul-betul campaklah kita ke manapun, insya-Allah, kita tetap boleh buat. Bagilah kerja apapun, kita akan usaha sehabis baik untuk melakukannya. Saya dah tengok macam mana orang yang naik dengan membodek kat office ni. Semua benda dia tak tahu. Lepas tu, bila staff dalam department sama cuti atau nak dipindahkan, menggelabah tak tentu hala. Apa maknanya tu? Rasakan. Sebab selama ni, kau hidup dengan sebab kerja orang lain, tapi kau ambil nama. Kalau betul kau yang usaha sendiri buat kerja kau, tak perlulah kau menggelabahkan? Kadang-kadang saya pelik, sepatutnya, bila boss tak ada, staff yang takut. Tapi ada sesetengah tu, staff yang cuti, boss yang gelabah tak tentu fasal. Sebab tulah hidup ni kena berdikari. Bersusah-susah untuk suatu kejayaan. Bukan hidup senang atas kerja orang lain. Hahahaha... Emo pulak. Kenapa? Nantilah. Ada masa saya cerita. Tapi kalau kita benar, kita takkan takut. Buatlah apapun, Insya-Allah kita akan hadapinya dengan tenang sebab kita bekerja jadi orang nak usik kitapun susah. Lebih-lebih lagi orang yang nak mengusik tu orang yang tak berapa nak buat kerja. Kerja dia sendiripun dia tak faham. Kerja jaga tepi kain orang je yang dia tahu. Ada pulak tu, yang suka cucuk-cucuk orang sana sini, hasut sana sini nak bagi orang gaduh. Dia lupa agaknya Allah ada. Allah jelah yang akan mengadilinya.

Tuesday, January 17, 2017

Rajuk Dan Pujuk

Assalammualaikum readers, Alhamdulillah, kita dibangkitkan lagi hari ni. Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Amin... Rajuk dan pujuk, macam kajian yang pernah saya buat masa belajar dulu terhadap sebuah filem. Hahaha... Tapi hari ni, bukan nak cerita fasal filem. Nak cerita fasal orang tu. OK, saya salah. Dan bagi penjelasan semua, but dia still dingin. Whatsapp pun macam nak tak nak je layan. OK, saya buat kesimpulan, mungkin dia masih tak boleh maafkan kesilapan saya. Then saya fikir, kesilapan tu cuma salah faham je dan saya dah jelaskan. Tapi kenapa dia still macam tak boleh maafkan saya walaupun dia kata dia maafkan saya? Peliklah perangai dia ni. Ah, heran apa, lelaki memang pelik. Tapi tak adalah pulak kawan lelaki saya yang buat macam ni sebelum ni walaupun kawan baik. Setahu saya dan sepengalaman saya, lelaki ni, kalau kawan-kawan buat salah, lepas bermaafan, dia let go macam tu je. Kadang-kadang tak sempat minta maafpun dah OK. Dah kenapalah dengan mamat sorang ni? Bukan takat saya minta maaf, siap ngaku salah lagi. Haaa... Hal ni bukan terpakai kat dia je, kat semua orang kalau saya tahu, saya salah. Dia tu, saya salah faham kat dia, tak jelaskanpun, setakat cakap saya salah sangka. Lepas tu, dia pulak yang marah kita dengan salah faham dia kat kita. Habis siapa nak bagi penjelasan kat saya lak ni? Tapi diam jelah, tak yah cakap apa-apa dulu. Karang tambah besar pulak hal ni. Allah kan ada, Allah tahu apa yang Dia rancang. Pasti yang terbaik. Orang tengah marahkan, so biarlah dulu. Esok-esok dia sejuk, dia OK la tu. Fikir saya. Antara dua je, dia OK balik atau terus tak nak kawan saya. Saya redha jelah. Allah tahu apa yang terbaik. Pengalaman mengajar saya supaya lepaskan semua orang yang nak pergi dari kita. Tak perlu paksa mereka untuk bersama kita. Sabtu hari tu, saya perlu Whatsapp dia inform sesuatu supaya tak berlaku salah faham lagi nanti. 'Take care' itu je balasannya. Confirm, memang tengah marah lagi. Apa boleh saya buat? Nak pujuk ke? Nanti apa pulak katanya? Karang kata saya saja nak tarikh perhatian dia. Saja nak ngada-ngada, saya bukan siapa-siapa dengan dia pun. Jadi, hari Ahad, saya diamkan diri. Tak payahlah Whatsapp dia. Entah-entah orang tak suka kita text, nanti dicap mengganggu pulak. Kak Fatimah kan pernah cakap, orang kalau tak suka, kita mesej pun dianggap mengganggu. Dan saya langsung tak on Whatsapp hari tu. Malas ambil peduli fasal Whatsapp. Selalunya kalau dia OK, kalau saya tak Whatsapp, dia yang akan Whatsapp saya. Dinihari semalam, saya tengok, ada Whatsapp dari dia yang dihantar 10.00 malam sebelumnya berbunyi: 'Assalammualaikum... Berapa KM last night's ride?' Confirm dingin. Sikitpun tak panggil saya. Just Tanya gitu je. Selalunya mesti ada sebut you. At least, assalammualaikum you. Hmmm... Marah lagi ke? Kalau marah, kenapa dia Whatsapp? Kalau tak marah, ayatnya macam marah je? Peninglah saya. Nanti siang sikit saya reply. Putus saya. So dalam jam 9.00 lebih saya reply macam biasa. Lepas tu saya Tanya dia buat apa semalam. Jawabnya, 'macam2'. Laaa... Itu je? Selalu panjang lebar jawabnya. Aduh, besar sangat ke salah saya sampai lama sangat nak marah ni? Bila saya Tanya masih marah ke? Macam tak maaf kat saya lagi je? katanya, 'tak marah, cuma disappointed. Marah dengan disappointed tu lain. Susah nak terangkan' So saya ulang minta maaf. Then saya tambah, 'Kalau you masih marah tak apa, I faham. You ambillah masa untuk pulih' 'Cepat ngaku salah' Hah? Bukan dari hari Jumaat lagi ke saya ngaku salah and minta maaf? Apa kena dengan mamat ni? Haah... Tak payah nak bertekaklah Tinta, ngaku sekali lagi. Tak yah banyak cerita. Nanti bila dia dah OK, slow talk dengan dia. 'OK, Mr. Erogan, I salah, I minta maaf ya' 'Mr. Erogan? OK bye' Saya lepaskan keluhan. Salah lagi ke? Tulah, tangan gatal taip yang bukan-bukan. Celupar betul. Dahlah orang tengah marah. Boleh pulak saya buat gurau. Yelah, yelah, salah lagilah. 'You... Janganlah macam ni, I gurau je. Tapi salah lagi. Sorry K?' 'Lagi nak cakap Mr. Erogan. Dahlah tak pujuk' Ooooooooooooo... Baru saya faham, rupanyaaa, nak minta pujuk. Kenapalah tak cakap awal-awal. Manalah I faham you. Kalau lelaki ni, susah sikit saya nak pujuk, nanti kata saya suka kat dia pulak. Takut nanti, orang kata kita ni terhegeh-hegeh. Kalau special boy friend tu lainlah. Patutlah dingin semacam je walaupun saya dah minta maaf. Nak kena pujuk sebenarnya. Saya ni lembap sikit dalam bab ni. You, you, kenapa hati tisu sangat ni? I rasa, sejak kebelakangan ni, you memang suka merajuk. Dahlah suka paksa orang mengaku merajuk. Tak ngaku, tak nak pujuk. Kalau saya, tak adalah saya nak ngaku saya merajuk. You tu suka dera perasaan orang. Suka buat orang terasa. Dia tak tahu, kita ni ratu merajuk. Nanti, kalau saya merajuk betul-betul, entah pujuk entah tidak. Kadang-kadang I rasa you tu saja je nak uji perasaan I. Pelik betullah you ni, kenapa nak merajuk-merajuk dengan I ni? Ke you tu memang suka merajuk dengan semua orang? Then lepas tu, tanpa ditanya dan diminta, dia terus bercerita dan jelaskan semua salah faham saya pada dia tempoh hari. Alhamdulillah. Harapnya you OK sebab semua dah jelaskan? Malam tadi Nampak macam OK. Tapi tak tahulah hari ni. Harap OK la. Hari ni I busy sikit you, jangan merajuk-merajuk tau. Takut tak sempat nak pujuk. Hehehehe

Friday, January 13, 2017

Masih Ada Yang Sayang

Assalammualaikum readers, Korang macam mana hari ni? Sihat? Saya? Pagi ni Alhamdulillah. Tapi tak tahulah untuk sepanjang hari ni. Harapnya, sihat ni lama. Pagi ni saya terima Whatsapp dari Kak Yong dan En. Mahathir yang bertanyakan khabar saya. Terima kasih you all sebab ambil tahu fasal Tinta. Kak Yong kata, dia Nampak gambar masa saya keluar makan dengan En. Mahathir tu macam tak ceria je. Tak macam selalu. Terima kasih Kak Yong kerana memerhatikan Tinta sampai macam tu. Sayang Kak Yong. Terima kasih Allah, sebab masih bagi saya orang-orang yang prihatin bersama saya. Saya sayang mereka semua. Allah, tolong jagakan mereka untuk saya dan tolong sayangkan mereka semua.

Tuesday, January 10, 2017

PPUMYang ...

Assalammualaikum readers, Dah beberapa hari tak update blog. Tak ada mood rasanya dengan sakit lagi. OK, ni nak cerita fasal sakit. Sampai hari ni, saya masih sakit. Kadang-kadang, lebih baik tak makan daripada makan. Sebab lepas makan rasa sakit tu lebih. Oleh kerana saya tak tahan sangat dengan sakit ni, dia banyak ganggu kerja saya, so saya minta doctor klinik sebelah ni hantar saya pergi hospital. Boleh dia nak refer saya pergi pesakit luar? Saya kata, kalau doctor refer saya pergi pesakit luar, sama je la macam saya jumpa doctor. Buat apa nak hantar saya pergi hospital? "Kalau refer specialist, you kena bayar RM35.00," "Is OK, I boleh bayar," Apalah sangat RM35.00 tu nak dibandingkan dengan sakit yang tak tertahan ni? Pergilah saya ke PPUM. Tahu apa jadi? Boleh pakar bagi saya appointment 28 Mac? Kalau nak mati, mati dulu saya ni. Bengangnya saya rasa. Dahlah masa mula-mula tu, saya pergi kaunter nak Tanya, suruh ambil nombor. Lepas ambil nombor, suruh tunggu nama dipanggil. Lepas tu, bila nombor saya naik, saya pergilah ke kaunter. Dia Tanya dah panggil nama ke belum. Saya cakap belum. Tapi nombor saya dah naik. Dia cakap tunggu nama. Ya Allah, kalau macam tu, tak payahlah suruh saya ambil nombor. Paling buat saya bengang, bagi appointment dua bulan lagi tanpa jumpa doctor dan ubat. Saya Tanya kalau saya sakit macam mana? "Cik pergi je kecemasan. Sebab pakar tengok, dia kata tak urgent sangat." Kalau saya ni tak sakit, tak adalah saya datang hospital. Tahu tak macam mana rasanya bila kita terpaksa menanggung sakit setiap hari? Setiap hari, bukan minggu. Kalau tak teruk, sikit. Tak sikit, muntah dan tak boleh bangun. Ingat saya suka ke pergi hospital nak tunggu lama-lama ni? Plan B, kalau saya sakit teruk lagi, saya akan pergi klinik lain pulak. Lepas tu, saya akan suruh klinik refer saya pergi GH pulak. Manalah tahu dapat jumpa pakar lebih cepat dari kat PPUM tu.

Friday, January 6, 2017

Ya Allah, Selamatkan hatiku

Ya Allah, Mengapa rasa ini perlu hadir? Mengapa ia perlu ada? Ya Allah, Andai dialah pemilik hatiku yang mutlak, Maka, Kau berilah petunjukMu, Dekatkanlah hatiku dengan hatinya, Permudahkanlah jalan bagi kami. Tapi jika tidak Ya Allah, Selamatkanlah hatiku daripada derita cinta ini, Tutupkanlah hatiku buatnya, Dan berilah aku ganti yang lebih baik. Amin... Ya Allah, Saya rindu dia. Tolonglah Ya Allah, Kerana hatiku ini milikMu, Aku tidak mahu lagi mengharapkan sesuatu yang bukan kehendakMu dan bukan milikku kerana pedihnya terlalu menyiksakan. Aku mohon Ya Allah, Jagalah hatiku, Bimbinglah ia agar seiring dengan kehendakMu. Amin...

Roti Kirai Dan Roti Pelantar

Assalammualaikum readers, Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari. Mana rotinya? Hahaha kat dalam gambar bawah ni.
Dah lama sebenarnya cover handset saya ni jadi Roti Kirai. Tapi disebabkan cover ni pemberian seseorang yang istimewa dalam hidup saya pada suatu ketika dahulu, saya tak berniatpun untuk tukar cover ni. Suatu hari, En. Luqman Nampak dan dia minta En. Mahathir uruskan fasal cover saya ni. Hahahaha... Dia orang ni kan suka bergurau. Tak sangka pulak En. Mahathir ambil serius. Dia bagi cover dia tapi tak muat. Masa saya kat kampung hari tu, En. Mahathir call, minta saya Whatsapp brand dan model phone saya. Tak boleh lupa saya dia gelakkan cover handset saya ni lepas latihan kayak dulu. Saya cakap pada dia, saya bukan tak mampu, cuma saya sayang nak buang cover ni. Dia kata, kalau dah jadi Roti Kirai tu, buang jelah. En. Nizam pulak cakap, kalau sayangpun, simpanlah. Pakai yang baru. Masa diving hari tu, En. Mahathir lupa nak bawa cover phone ni. So semalam, En. Mahathir call ajak dinner. Katanya, dia nak bagi cover phone saya sekali. Saya kira sebagai dia melawat saya yang sedang sakit jugaklah. Makan-makan kat Sambal & Sauce sambil bual-bual dan tukar cover handset. Waaa... Cantiknyaaa... Walaupun warnanya berlatarkan putih dan berpetak hitam di hadapan. Boleh dirasa teksturnya. Kata En. Mahathir, design ni seksi. Apa yang seksipun tak tahulah. Sambil dia tukarkan cover saya, dia kata, "Bukan masalah mampu tak mampu. Dah jadi Roti Kirai, buang je," Hehehehe dia masih ingat saya cakap dengan dia, bukan saya tak mampu nak tukar, saya tak nak tukar. Saya: Sebenarnya, cover ni dia yang bagi. (En. Mahathir maklum akan dia yang saya maksudkan) En. Mahathir: Dah agak dah. Saya letak dalam plastic ni dan simpan. Nanti boleh tunjuk kat dia kalau suatu hari nanti ... (bla, bla, bla) Cantik tau ni, warna pink tak ada. Asyik warna pink je, tukar pulak. Ni warna hitam putih kehidupan. So, dari Roti Kirai, handset Tinta bertukar menjadi Roti Pelantar. (Sambungnya sambil bergurau) Hahaha... Saya cuma ketawa je. En. Mahathir ni kelakar. So, berwajah barulah IPhone saya sekarang. Terima kasih En. Mahathir sebab bagi Tinta cover cantik ni.

Thursday, January 5, 2017

SK-II / Bobbi Brown

Haaaa.... Baru balik beli cleanser SK II. Kalau tak silap, dah empat tahun saya guna SK II ni. Mahal? Sebenarnya, kita rasa mahal masa beli tapi kalau dihitung, satu cleanser ni boleh pakai lapan ke sepuluh bulan. Murahkan sebenarnya? RM249.00 bahagi 10. Kalau korang beli pencuci biasa dengan harga macam ni kena beli setiap bulan. Betul tak? Jadi promoter SK II la pulak. Bagi la komisen sikit SK II. Saya nak beli dua tiga barang lagi. Tapi beauty consultant SK II ni cutilah pulak. So, takut salah, saya belilah cleansernya dulu. Mana tahan, cleanser dah habis. Nanti berjerawatlah muka saya ni. Dahlah selalu mekap sebab banyak kerja luar sekarang. Pengguna yang setia? Ya, saya memang akan setia kat satu-satu produk tu kalau dia dah sesuai dengan saya. Masa saya beli mekap Bobbi Brown, beauty consultant dia pernah suggest saya bertukar ke skin care Bobbi Brown. Saya teragak-agak. Dari segi harga, memanglah Bobbi Brown lebih murah dari SK II tapi macam mana pulak kesannya? Alhamdulillah saya ni jenis tidak mudah terpengaruh dengan produk. Saya minta dulu sampel cleanser dia. Saya try. Memanglah cleanser dia tak timbulkan jerawat kat muka saya. Cuma yang saya tak sesuai tu, muka saya tambah berminyak dan saya rasa tak bersih. Mungkin kerana pepasir pencuci dia tu melekat pada wajah saya biarpun setelah dibasuh. Jadi wajah saya tak licin seperti saya menggunakan SK II. Ingat nak jugak tukar kalau sesuai. Almaklumlah, lebih ekonomi kan? Siapa tak nak beli yang lebih murah kalau kualitinya OK. Setengah orang kata, bila kita beli barang mahal, kita rugi sebab kita beli jenama. Tapi selama yang saya beli barang mahal, saya tak rasa macam tu. Saya rasa, barang mahal tu lebih berkualiti dan memberi kesan yang bagus. Haaa... Jangan salah faham. Tu bukan bermakna saya tak pakai barang murah. Sayapun pengguna barang murah. Cuma tengok barang dan kegunaan.

Sayang Yang Mengalir

Assalammualaikum pembaca blog saya, Tak kiralah buat pembaca yang ikhlas membaca atau pembaca yang membaca untuk mengata atau menyampaikan pada orang lain untuk dikata, saya doakan agar anda semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah untuk menjalani hidup yang dalam perjalanan ke mati. Alhamdulillah, pagi ni, saya rasa OK. Tapi tak boleh cakap jugak, sebab semalampun, pagi saya sihat-sihat saja. Tengahari membawa ke petang menderita sakit. Mohon doakan agar saya sihat sampai bila-bila ya. Sayang siapa yang mengalir ni? Hmmm... Sayang sayalah. Sebelum ni, saya memang cepat sayang kat orang. Tapi sekarang sayang tu lebih cepat. Saya tak tahu kenapa. Sejak kebelakangan ni, saya mudah jatuh sayang pada orang. Sebagai contoh, saya jatuh sayang pada mummy, isteri En. Luqman yang menjaga saya sakit masa di Litar Sepang tempoh hari dan pagi tadi saya jumpa seorang makcik tapi saya lebih suka panggil dia puan walaupun dia membahasakan dirinya makcik di Stesen LRT Ara Damansara. Puan ni bekerja di PETRONAS. Puan Rahaya namanya. Hanya dengan berbual seketika, saya rasa sayang padanya. Begitu juga dengan Datin Fauziah. Saya rindukannya. Datin yang saya panggil umi itu akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok untuk menunaikan umrah. Mohon pembaca budiman untuk mendoakan keselamatan umi yang amat prihatin pada saya. Seterusnya rasa rindu ini buat rakan-rakan yang ada saat saya susah. Walaupun kita jarang contact, saya rindukan kalian. Lebih-lebih lagi sekarang, bila saya sibuk dengan kerja, aktiviti dan sakit, ianya lagi membataskan saya untuk berhubung. Tapi kalian sentiasa dalam ingatan saya. Sayang Suni, sayang Hana, sayang Miza dan sayang Haida. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah. Insya-Allah, amin.

Saya Rindu Dia

Ya Allah, Kenapa perasaan ini perlu wujud? Aku tahu ianya anugerahMu. Aku bukan tidak bersyukur dengan pemberian ini. Tapi kalau dia bukan milikku, lenyapkanlah perasaan rindu ini dari hatiku. Hapuskanlah segala rasaku padanya. Aku tidak mahu lagi tersiksa dek perasaan yang mendera hati.

Hari Yang Sakit

Assalammualaikum readers, Hari ni (4 Januari), alhamdulillah, beberapa urusan saya selesai. Tapi dari segi kesihatan, saya memang merosot. Mujurlah saya keluar berurusan dengan Kak Su. Saya tak tahu kenapa. Lepas makan, perut saya terasa amat sakit. Berulang kali saya ke tandas untuk muntah kat kompleks membeli-belah. Saya terus ke klinik di dalam kompleks tersebut. Doktor bagi MC dan ubat. Katanya, kalau dua hari lagi saya masih tak sihat, doktor akan rujuk saya ke hospital. Ya Allah, ujian apa pulak kali ni? Jauhkanlah daripada perkara yang tidak baik. Kak Su cakap, muka saya pucat. Yelah, saya menahan sakit yang amat. Nak berjalanpun tak larat. Kak Su kata lagi, kalau nak ke hospital sekarang, dia boleh bawakan. Tapi tak apalah. Tengok dua hari lagi. Kalau tak elok jugak, saya akan minta doktor rujuk saya ke hospital.

Tuesday, January 3, 2017

Saya Rindu Awak

Pagi tadi, saya terima satu panggilan. Saya amat kenal akan suara itu. Lihat nama terterapun... Setelah berbicara dengan saya tentang apa yang ingin dibicarakannya: Dia: Ada satu lagi. Saya: Apa dia? Dia: Saya rindukan awak. (Masya-Allah, tak habis-habis lagi ke mamat ni? Ingat saya ni apa?) Saya: Hmmm... Yelah. Rindu awakkan bersepah kat sini. Dia: Mana ada. Kat awak je saya rindu. Saya: Sudahlah, saya tak percaya dahlah kat awak. Kat semua lelaki. Dia: Semua lelaki? Kesiannya. Saya: Ya, kat semua lelaki. Awaklah salah sorang puncanya. Dia: Tak percaya? Saya rindu kat awak. Saya: Sudahlah. Kalau dulu mungkinlah. Tapi sekarang ni saya dah penatlah. Penat nak layan benda-benda ni semua. Saya tak ada masa dah untuk main-main ni. Ya Allah, tolonglah. Jauhkanlah makhluk perosak hati ni daripada saya. Saya penat! Memang letih dengan semua permainan macam ni. Pergilah. Tak payah datang kat saya. Masa untuk kita dah lama berlalu. Tak payah nak mainkan hati orang. Serius, saya tak ada masa nak layan orang yang main-main macam ni. Ibarat macam saya serahkan leher untuk dipancung. Kalau awak tak boleh bahagiakan saya, janganlah buat saya menderita. Saya letih, tahu tak letih?

Kenapa Dia Begitu?

Assalammualaikum readers, Hari nipun hari saya masih sirna. Korang pernah tak terfikir-fikir, kenapa tiba-tiba kawan kita menipu kita? Walhal dia baik dengan kita? Pernah tak korang tertanya-tanya, apa sebenarnya dalam hati dia bila dia menipu kita? Pernah tak korang tertanya-tanya, ikhlaskah dia pada kita apabila dia menipu kita? Saya terkejut sebenarnya. Sungguh saya tak sangka lebih-lebih lagi, bila perwatakannya baik dan beragama. Subhanallah, kenapa ada orang yang begini? Ada sorang kawan saya cakap, dia nak keluar Negara menguruskan tentang sesuatu. First, saya tertanya-tanya, takkan Negara tersebut beroperasi pada hari tahun baru? Tapi saya malas nak bersoal-jawab. Itu hak dialah kan? Buat apa saya nak sibuk-sibuk. Saya tak tahu kenapa. Mungkin Allah nak tunjukkan, pada malam yang katanya dia di luar Negara tu, dia miss call saya. Mungkin ter kot. Saya rasa bimbang akan dirinya kerana dia miss call saya jam 2.38 pagi. Manalah tahu kalau-kalau dia sedang mengalami kesulitan di Negara orangkan? Saya call balik. Alangkah terkejutnya saya, bila ringing yang kedengaran seperti dalam Negara. Dia menipu sayakah? Apa motifnya? Bermula dari situ, saya mula curiga dan ingin tahu akan kejujurannya. Saya mula menjalankan siasatan. Saya tak suka orang yang menipu. Berkata benarlah walaupun menyakitkan. Yang pelik tu, dia aktif Whatsapp seperti biasa. Cuma Whatsapp saya je dia tak balas. Tapi lupakah dia bahawa menerusi Whatsapp kita boleh tengok mesej yang kita hantar tu delivered ke, read ke. Memang ada waktunya dia tak baca whatsapp saya walaupun delivered tapi last seen dia tu selepas saya hantar mesej. Apa motif dia buat macam ni? Sedangkan sebelum ni bila dia ke luar Negara lambat delivered. OK fikir baik, mungkin perginya kali ni bukan bersiar-siar. Habis urusan, dia di hotel. Ada wifi. Saya hantar mesej. 12 sen je kredit saya ditolak. Kenapa murah sangat? Saya check dengan Maxis. Tapi Maxis kata, kalau ke Negara yang dia pergi tu 50 sen tapi tak pasti pulak kalau mesej dihantar menerusi nombor Malaysia yang digunakan. Saya cuba buat panggilan kepada sorang lagi kawan yang ketika ini berada di US. Ya, bunyi ringingnya berbeza. Saya hantar mesej. OK, murah sikit, 10 Sen. Mungkin kerana operator taliannya sama dengan saya. Bila saya Tanya dia, dia kata, dia roaming. OK. Mungkin kali ni perginya tak lama, so bolehlah roaming. Katanya call di'divered' sebab tulah bunyi ringingnya macam dalam Malaysia. OK. Saya tak ada pengalaman roaming. Mungkin betullah apa yang dia cakap. Saya malas mencurigai kawan sendiri. Tak baikkan? Waktu penerbangan yang dia kata dia nak balik tu, saya tengok dia online Whatsapp. Saya Tanya dia, pukul berapa dia balik? Dia kata sedang boarding," Saja saya Tanya berapa lama penerbangan ke KL dari tempat dia berada ketika tu? Dia tak balas. Sedangkan saya tahu, penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit. Saya saja hantar Whatsapp lama sedikit lepas dia cakap boarding. Delevered. Sungguh menghairankan. OK, tak apa. Kita tunggu jap lagi. Sejam kemudian, saya tengok last seen dia setelah sejam perjalanan. Aik, takkanlah on Whatsapp dalam penerbangan kot? Tak pernah ada airline yang membenarkan penumpang online masa penerbangan. Kalau nak on handsetpun, kena in offline mode atau airplane on. Dan selepas itu ada lagi last seen seterusnya. Dia ada beritahu saya bahawa dia menggunakan Air Asia. Saya terus check penerbangan Air Asia. Ternyata, dia membohongi saya. Penerbangan Air Asia ke Bandar yang dimaksudkan, tiada jam 6.30 pagi atau yang sebelum itu seperti yang diberitahunya. Begitu juga penerbangan pulang yang dimaklumkan kepada saya pada jam 10.30 pagi juga tiada. Penerbangan sebenar adalah pada 11.45 pagi. Ya Allah, kenapa orang yang saya percaya menipu saya? Lebih-lebih lagi dia adalah seorang yang selalu bercakap tentang Allah. Selalu menyebut tentang Allah, Alhamdulillah, Ya Allah, masya-Allah. Apa dia tidak tahu hukum menipu itu dan apa kesannya? Kalau dalam soal kecil beginipun dia tak boleh berlaku jujur, bagaimana dalam hal besar? Subhanallah, kenyataan ini memang pahit. Tapi jika benar ini suatu penipuan yang dirancang terhadap saya, maka saya bersyukur, sekurang-kurangnya, Allah menyelamatkan saya awal daripada orang yang begini. Sekurang-kurangnya, saya akan berhati-hati dengan dia selepas ni. Cuma saya pelik. Apa motif dia buat saya macam ni? Kalau dia cakap dia ada urusanpun, saya tak banyak soal. Dia bukan siapa-siapa dengan saya. Tak perlulah sampai nak menipu cakap pergi luar Negara bagai. Apa ni? Tidak bersihkah hati dia setelah selalu solat fardhu, Dhuha dan sunat lain? Atau semua tu sengaja diceritakan pada saya tapi kenyataannya... Dan dari situ timbul satu persoalan lagi, apa dia benar-benar ikhlas berkawan dengan saya selama ni? Atau sebaliknya? Adakah banyak hal telah dia tipu saya tanpa saya sedari? Kenapa Ya Allah? Kenapa saya sering dipertemukan dengan orang-orang begini tatkala saya ikhlas menerima sesiapa sahaja dalam hidup saya sebagai kawan atau kekasih? Tak apalah. Pasti ada hikmahnya. Insya-Allah. Kepada dia, saya doakan dia berubah dan sedar akan kesilapannya. Sebagai kawan, saya masih sayangkannya. Saya amat berharap dia berubah dengan izin Allah. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.

Monday, January 2, 2017

Hari Yang Sirna

Hari ni, tak banyak yang saya lakukan. Dari pagi, saya banyak habiskan masa dengan tidur sampai petang. Pertama sebab saya sedih. Kedua sebab saya sakit hampir sepanjang hari. Ya Allah, Janganlah Kau uji aku lagi dengan orang-orang yang seperti ini. Kelak nanti lukaku enggan sembuhnya.

Perkara Yang Memalukan Saya

Beberapa malam lepas, saya naik LRT untuk pulang ke rumah dalam keadaan sakit. 25 Minit untuk sampai ke stesen rumah saya dalam keadaan sakit, bukanlah suatu tempoh masa yang singkat. Saya cuba lelapkan mata, tapi tak berjaya. Tiba-tiba saya rasa perut saya terlalu sakit. Saya ubah kedudukan saya mencari keselesaan. Saya minum susu tanpa saya tahu sebenarnya susu sangat tidak boleh jika sedang sakit gastrik. Tak semena-mena, saya rasa nak muntah. Saya cepat-cepat menarik recycle bag yang saya bawa untuk mengambil plastik di dalamnya. Belum sempat plastik ditarik, isi perut saya keluar tanpa boleh ditahan. Allah saja yang tahu betapa malunya saya ketika tu. Mujurlah tak ramai orang. Penumpang di sebelah saya menghulurkan sebotol mineral. Manakala seorang lagi yang berdiri di hadapan saya cepat-cepat menghulurkan tisu kepada saya. Muntah mengenai tudung, beg, baju, kain dan seterusnya lantai LRT. Subhanallah, kenapalah ini pulak yang berlaku? Masya-Allah, apa yang harus saya lakukan? Stesen saya lambat lagi. Saya kena bertahan sekaligus menahan malu. Sesampainya di stesen Ara Damansara, saya lekas keluar. Seorang penumpang mengikuti saya. Dia membantu saya mencari beg plastik untuk saya letakkan barang-barang saya yang terkena muntah. Saya terus ke toilet membersihkan baju dan tudung saya sebelum berjalan pulang ke rumah. Ya Allah, dahsyat sungguh saya rasa malam tu. Betapa malunya saya.

Cinta Membawa Aku Ke Sana

Kan dah banyak entri sekali post ni. Biasalah saya kan? Korang percaya tak bahawa kuasa cinta tu luar biasa? Korang percaya tak cinta tu menjadikan kita boleh buat apa yang kita tak boleh buat? Korang percaya tak, kerana cinta, sang raja bisa menjadi hamba? Dan orang-orang yang kenal saya, pasti mereka tahu, saya tak pernah naik bas sorang-sorang terutamanya untuk perjalanan jarak jauh. Demi mengejar sebuah cinta dan menyelamatkannya, saya pernah ke Perlis sorang diri dengan menaiki bas waktu malam. Itulah kali pertama saya naik bas sorang-sorang untuk perjalanan jarak jauh. Dan itulah kali pertama saya jejakkan kaki di negeri Harum Manis tersebut. Ianya datang dari semangat seorang sinior di pejabat, "Kalau Tinta betul-betul sayangkannya, Tinta kena berusaha untuk selamatkan hubungan ni. Tinta kena all out," Maka, berbekalkan kata-kata semangat itu, saya ke sana. Untuk memperbaiki hubungan kami. Masa tu, saya tak ada rasa takutpun. Yang saya tahu, saya harus tiba segera ke sana untuk menyelamatkan cinta saya yang saya lihat menuju kehancuran menerusi Facebook. Tapi, benarlah kata orang, kalau orang dah tak suka, apapun yang kita buat, tetap dipandang sepi meskipun pada mulanya ada bibit-bibit pemulihan. Tapi setelah itu... Mungkin pilihan banyak kot di Facebook. Jadi, belahnya tidak bisa lagi bercantum. Orang memang akan kata saya gila. Saya tak kisah. Dua orang je kawan saya yang tahu akan pemergian saya ke sana. Sorang kata, pergilah kak, selagi mampu untuk berusaha, berusahalah. Supaya akak tak menyesal. Sorang lagi pulak kata, awak tak payahlah pergi sana. Bahaya. Saya risaukan awak. Lantas saya yakinkan dia, bahawa saya boleh dan Insya-Allah, tidak ada apa yang buruk berlaku. Saya tinggalkan nombor telefon si dia buat kawan saya tu. Kalau dia tak nak jawab call saya, merekalah yang akan hubungi dia untuk memberitahunya tentang pemergian saya ke sana menjejaknya. Diapun terkejut bila tahu akan kedatangan saya. Dia kata saya jangan jadi gila. Ya, jangan jadi gila. Tapi dia yang buatkan saya jadi gila. Nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan? Itulah kata-kata yang sering saya pegang kala melakukan sesuatu. Hampa tetap hampa. Cinta itu musnah jua akhirnya. Tapi sekurang-kurangnya saya tak ralat. Saya dah sehabis daya berusaha. Ianya hampa bukan kerana saya membiarkannya begitu saja. Saya berikhtiar untuk memulihkan hubungan. Tapi, bila tiada kerjasama dari pihak sebelah sana, maka ianya hancur. Ianya disebabkan oleh kehancuran itu disumbangkan oleh pihak sana yang mahu cepat ianya hancur. Maka keputusannya hancurlah. Hancur di depan mata saya. Hanya dengan perkataan "ya." Semoga, susah-payah saya yang tak seberapanya ni akan awak ingat suatu hari nanti. Bila saya dah jauh pergi dari hidup awak. Mungkin pada awak, ada orang lain yang jauh lebih baik, yang akan berkorban lebih besar untuk awak. Itulah yang awak kejarkan sangat. Dan kerana dia, segala yang pernah kita lalui, hilang begitu saja dari ingatan awak. Mungkin awak dah hilang ingatan kot. Kerana dia jugak, semua kebaikan saya yang pernah awak puji dan sebut-sebut semua jadi buruk. Tak apalah, Allah ada. Lepas ni saya takkan layan orang baik macam ni? Tak. Saya tetap saya. Insya-Allah, kalau Allah kembalikan dia pada saya atau Allah gantikan dia dengan orang lain, saya akan tetap berikan yang terbaik dan insya-Allah lebih baik daripada tu. Tahukah kalian, saya ada sekeping cinta yang amat mahal dan sekeping hati yang tulus yang pernah saya berikan pada orang. Orang menolaknya dan saya menyimpannya kembali untuk saya hadiahkan kepada orang yang benar-benar Allah janjikan buat saya. Insya-Allah.

Cinta Yang Merosakkan

Cinta itu pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Mengubat lara hati yang pernah dilukakan cinta sebelumnya. Tapi kini, cinta yang membahagiakan itu bertukar menjadi cinta yang merosakkan saya. Merosakkan hati saya, merosakkan perasaan saya, merosakkan kepercayaan saya buat seorang lelaki dan paling penting, kala ini, ianya sedang merosakkan diri saya, kesihatan saya. Ya, saya tak salahkan cinta kerana cinta itu suci. Saya yang salah. Hanyut dan akhirnya membakar diri. Mana mungkin saya boleh menjadi seperti biasa kala hati dilanda duka nestapa? Orang tanya saya, diet ke? Ya, memang saya diet. Tapi diet saya bukan untuk kurus begini. Diet saya sekadar untuk mendapatkan tubuh yang cantik, yang ideal bagi seorang perempuan. Diet saya juga untuk kesihatan saya. Kalau tak, takkanlah saya beria-ia pergi kelas renang kan? Tatkala ujian melanda, selera makan saya semuanya hilang. Lantas hasilnya? Nah! Lihatlah. Lihatlah hasilnya yang ada depan mata kalian sekarang. Saya bukan lagi saya yang dulu. Rata-rata orang mengatakan saya terlalu kurus. Mungkin over diet seperti kata En. Nizam siang tadi. Katanya, saya banyak susut dari kali pertama dia jumpa saya 2015. Saya ketawa je. Malas mengulas. Pakaianpun semua bertukar ke saiz S malah ada yang XS. Setiap kali nak pakai live jacketpun, orang terpaksa cari yang paling kecil untuk saya. Masa kayak, pakai live jacket budak. Mujurlah ianya tak effect pada bentuk tubuh. Mujurlah belum jadi papan macam dulu, lurus je dari atas ke bawah. Dan sekarang, saya mula menghidap gastrik. Walaupun doktor belum mengesahkan, tapi saya tahu ia memang gastrik berdasarkan tanda dan apa yang berlaku. Doktor klinik pejabat yang tak berapa nak betul tu kata angin. Tapi saya tahu ia bukan angin biasa. Kalau angin bagi ubat gastrik tu kenapa? Saya pernah kena angin walaupun jarang. Tapi tak macam ni. Dah seminggu lebih saya sakit macam ni, angin lagi ke? Saya sakit pada ulu hati. Kemudian angin akan menggelodak dalam perut. Rasa pedih perut bila ia kosong. Bila makan terlebih, ia akan sakit jugak pada ulu hati. Angin mula menggila. Kemudian saya akan diserang rasa sakit yang amat. Akan muntah sampai perut kosong dan berak-berak. Saya mesti tak mampu nak buat apa dah masa tu dan akan terbaring, terus tidur. Nak lelappun susah sebab sakit. Susah sangat nak jaga makan. Lewat pun tak boleh, kurangpun dia buat hal, terlebih lagi dia mengamuk. Paling susah bila terlebih makan. Muntah, sakit perut yang amat, sukar saya gambarkan dan berak-berak sampai saya rasa macam umur saya dah tak panjang. Dan setiap kali sakit tu datang, saya pasti berdoa, "Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku kala aku keseorangan begini." Yelah, nanti busuk pulak mayat saya sorang-sorang kat rumah saya ni. Apalah Chiko boleh buat kalau ianya berlaku. Kesian Chiko nanti. Sekarang, nak makanpun saya kena pilih. Kena fikir, masakan ni letak apa. Takut salah makan. Salah sikit je, saya yang habis. Nak makan tu tak boleh, ni tak boleh. Kata kawan, buat sementara je. Bila dah OK nanti, saya boleh makan semua benda balik. Ni dah seminggu lebih, dia still rasa sakit. Still tak boleh makan sesuka hati. Kuantiti makanpun kena jaga. Perut ni terasa hampir sepanjang hari. Kalau tak sakit, rasa pedih, takpun rasa angin menggelodak. Hanya sedikit masa yang dia rasa OK. Mujur masa aktiviti dia OK nak-naknya masa tandem Sabtu kelmarin. Sekarang nipun dia mula dah bagi saya isyarat. Mula rasa pedih. Saya tak tahu apa dia nak. Saya yang kurang makan roti ni, kini roti sentiasa ada. get ready takut perut kosong. Makan kosongpun jadilah. Kata kawan, dua jam sekali kena makan. Jangan makan berat, sekadar alas perut. Dia tak boleh kosong langsung. Kena makan jap ni. Paling sedih, segala jus kegemaran saya, pedas, keju dan susu saya tak boleh ambil. Malah, buahpun bukan semua buah saya boleh makan buat masa ni. Semoga Allah bagi saya sembuh cepat. Dah dua tiga jenis ubat saya beli selain daripada ubat yang doktor bagi. Tapi sakitnya masih ada. Saya dah set dalam minda, kalau saya sakit sangat, call je 999 biar ambulan datang dan bawa saya pergi hospital. Tak payah susahkan orang. Manusia sekarang bukan boleh sangat kita minta tolong nanti bosan dan mengungkit. Saya tak nak benda tu jadi lagi dalam hidup saya. Penyelesaian paling baik, ambulan. Dah memang tugas dia kan bawa orang pergi hospital. Tak payahlah naik teksi sorang-sorang malam-malam buta, bahaya. Sekarang saya faham kenapa abah mengelak sangat untuk minta tolong orang. Abah kan makan garam dulu dari anak dia ni. Pernah jugak saya terfikir nak ajar Chiko call 999 ni macam Mat Salleh ajar anjing. Tapi susahlah. Chiko tak macam anjing. Tahulah Allah apa yang Dia rencanakan. Tak payah fikir sangatlah. Awak, Tahukah awak bahawa saya sangat menderita dengan segala perbuatan awak pada saya? Kenapa awak? Kenapa awak sanggup buat saya yang pernah awak sayang macam ni? Tiadakah sekelumitpun perasaan belas awak pada saya lagi? Dulu bila saya sakit, awaklah orang pertama akan ambil tahu dan cepat-cepat bawa saya ke klinik untuk rawatan. Kalau sekarang saya beritahu awak, pasti awak marah saya macam saya bagi tahu awak fasal kena sengat dulu. Saya terkejut awak boleh marah saya malam tu. Macam tak ada perasaan simpati langsung pada saya. Lantas saya berfikir, ke manakah saya telah awak campak dari hati awak? Saya bagaikan orang asing. Macam musuhpun ada. Kalau saya keluar sorang-sorang lewat malam pergi klinik sebab sakitpun awak macam tak rasa apa. Bimbang jauh sekali. Tak apalah awak, Allah tu ada dan Maha Adil. Hidup kita ni ibarat roda. Mungkin sekarang awak di atas jadi, dengan mudah awak pijak saya. Saya pasrah.

Selamat Tahun Baru Semua

Assalammualaikum semua, Sebenarnya nak post benda lain. Teringat, belum post lagi selamat tahun baru. Kalau dulu, suka tulis panjang-panjang fasal tahun baru ni. Sekarang dah malas. OK, just nak ucap selamat tahun baru kat semua. Semoga tahun ni adalah tahun yang indah, tahun yang dapat menyembuhkan segala luka dan kekecewaan, tahun yang membawa di dalamnya rezeki Allah dan tahun yang bertuah. Insya-Allah, amin.