SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, March 29, 2015

Kelas Renang Sesi 1

Kelas berenang bermula hari ni. Coach telah sedia di Kompleks Sukan Bangsar. Sebelum kelas kami, dia mengajar kelas lain. Oh ya, daripada beberapa orang yang nak masuk kelas, yang jadi cuma kami bertiga, saya, Kak Lin dan Dayah. Kami diarahkan untuk tunggu dan beberapa minit kemudian, diarahkan tukar baju. Wow! Seramlah juga, sayakan gelabah sikit dalam air. Selesai buat pembayaran dan isi borang, masuk air! Tiba masa turun kolam, kami diberi 'kicking board' sorang satu. Dan kelas kami dibantu oleh coach kedua iaitu En. Malik. Haaaaha, mula-mula dah kantoi. Goggle salah pakai sampai air masuk dalam goggle. Terima kasih, Coach Fauzi tolong betulkan goggle saya. Hish, buat malu je anak murid coach yang sorang ni kan? "Satu sut baru ya?" Kata coach berseloroh sambil membetulkan goggle saya. "Yelah, sebelum ni kan tak pernah berenang," Jawab saya. Malu deh. "BLOW BUBBLE" OK, mula-mula, kami diajar untuk buat "blow bubble". Blow bubble ni macam warm up la. Kata coach, kalau kita penat berenang, blow bubble ni berguna juga untuk relax. Caranya, 1. tarik nafas melalui mulut di luar air - berdiri tegak. 2. Bengkokkan lutut seolah-olah nak bercangkung dan lepas nafas melalui hidung. - Nafas mula dilepaskan sebaik sahaja hidung mengenai air. - Posisi muka menghadap ke hadapan seperti berdiri. Bukan menghadap dasar kolam. 4. Buih akan terhasil dengan bunyi be, be, be, be, be. * Tidak boleh mengambil masa lama untuk ambil nafas dan turun untuk lepaskan nafas semula. * Tidak boleh ambil masa lama lepaskan nafas untuk naik semula ambil nafas. APUNGAN Seterusnya, kami diajar cara mengapungkan badan. Mula-mula kami disuruh berpegang pada dinding kolam. Mujurlah, dah belajar sikit dengan Kak Jamiah. Oh terima kasih, Kak Miah atas tunjuk ajarmu. Sekarang ni diberi tunjuk ajar oleh sifu pulak. Coach Fauzi bantu saya pada mulanya untuk luruskan kaki. Itulah yang saya selalu lupa masa belajar dengan Kak Miahpun. 1. Ambil nafas. 2. Luruskan kedua-dua belah tangan. 3. Lembutkan badan dan luruskan kaki sambil kepala masuk ke dalam air. - Posisi badan menghadap ke dasar kolam. Setelah mencuba beberapa kali dengan memegang dinding kolam, kami diarahkan menggunakan kicking board. Setelah beberapa kali guna kicking board, buat pula tanpa sebarang alat atau tempat berpaut. Lagi saya menggelabah. Kadang-kadang saya dibantu dengan dipegang tangan oleh coach Fauzi dan Coach Malik. MELUNCUR OK, pelajaran seterusnya, meluncur. Saya teragak-agak untuk melakukannya. Kadang-kadang kedua-dua coach membantu saya untuk buat luncuran dengan memegang tangan bagi memastikan saya dapat meluncur dengan yakin. 1. Badan membelakangkan dinding kolam. 2. Sebelah kaki dibengkokkan dan bersedia untuk tolak dinding kolam. 3. Nafas perlu sedia ditarik untuk buat apungan. 4. Kedua-dua tangan lurus dan kaki terus tolak dinding kolam supaya badan meluncur ke hadapan. 5. Serentak dengan perlepasan, (Cewah, macam flight la pulak), kedua-dua kaki lurus serta badan dahpun terapung. - Jaga pernafasan. Tahan nafas dalam air. STAND Stand ni cara untuk kita keluar dari air setelah kita terapung atau berenang. Yang ni saya gelabah juga. 1. Posisi kita dalam keadaan terapung. 2. Rapatkan kaki. 3. Kaki rapat tadi tarik seperti mahu berdiri. 4. Bengkokkan paha. 5. Kaki pijak dasar kolam. 6. Tangan kuak air ke belakang. 7. Akhir sekali baru timbulkan muka ke prmukaan air. KUAK DADA Kuak Dada ini juga dikenali sebagai Gaya Katak. Saya ni kan lambat sikit dalam bab air ni. So, saya baru belajar pergerakan kaki untuk Gaya Katak ni. Sedangkan tangan menggunakan kicking board dan sesekali dipegang oleh coach. Hehehe malu betullah saya. Saya ni gelabah, panik dan takut. Sedihpun ada. Saya tak sehebat Kak Lin dan Dayah. Mesti coach bosan ajar saya kan. Dah sedih tu macam-macamlah sangkaan datang menjelma hehehe. 1. Apungkan badan seperti biasa. 2. Kedua-dua kaki rapat dan lurus. 3. Renggangkan paha dan bengkokkan lutut. 4. Tolak badan ke hadapan sambil luruskan kaki serta rapatkan kaki. 5. Ulang semula langkah di atas. - Tolakan mesti dibuat dengan tumit bukan jari kaki. Haaaaha, saya mula-mula guna jari kaki. Dah ditegur kadang-kadang tersasul jugak. Coach Malik kata, "Tolak guna tumit, jangan guna jari kaki. Kalau guna jari tu nak menari ballet," Kalau saya tersasul pulak, Coach Malik akan cakap, "Tu masih lagi nak menari ballet tu," "OK tak, coach?" Sebenarnya saya rasa macam salah sikit part tolak tu. "OK. Tapi masih ada sikit tarian ballet awak tu," Tapi bila saya buat betul, selalunya saya akan diam dan senyum. Coach sendirinya akan cakap, "Ha, macam tu. Tu baru Kaki Katak," Hahahaha nasib coach la dapat murid macam saya. Bersambung pada minggu hadapan.

Coach Renang Saya

Hasrat nak belajar renang ni dah lama. Tahun lepas barulah bersungguh-sungguh usaha nak belajar sebab menyedari banyak kebaikan daripada sukan renang ni. Kalau tak, takkan nabi menganjurkannya. Bermula buat research fasal renang, seterusnya usaha menjejak coach renang. Punyalah susah nak cari coach renang ni yang berdekatan dengan tempat saya atau yang boleh saya pergi dengan mudah. Alhamdulillah, sayapun terjumpa satu blog coach renang ni. Nama dia, En. Fauzi. Tambah baik lagi, dia sertakan bersama nombor telefonnya. Lalu saya hubungi dia. Haha, contact sejak September tahun lepas. Hari ni baru mula kelas. Bertuah punya anak murid hehehe. Almaklumlah, tahun lepaskan sibuk dengan latihan Gunung Kinabalu, setiap minggu tuuuuuu. Mana nak larat kalau dua-dua hari ada latihan kan? Nak juga kita bersosial, betul tak? Saya tak pernah bercakap atau call coach ni. Main mesej je. Dah diapun OK dengan mesej, so OK la. Semalam, first time saya bercakap dengan dia melalui panggilan yang dibuat beliau kepada saya untuk mengesahkan kelas hari ni. Seram juga, garang ke coach ni? Wah, berdebar. Dahlah, tak pandai berenang. Bagaimanalah gayanya ya dalam kelas nanti?

Friday, March 27, 2015

Persediaan Belajar Renang

Renang lagi. Saya ni boleh dikatakan ziro dalam ilmu renang ni. Bila plan nak masuk kelas renang, saya mula membaca tentang renang. Lepas tu pergi kolam, minta kawan ajar cara menyelam dan apungkan diri. Yelah, sekurang-kurangnya tak adalah kita ni tak tahu satu bendapun depan coach nanti. Malu tuuuuuu... Dah rasa confident nak masuk kelas renang, baru search fasal kelas yang ditawarkan. Banyak kali search, kebanyakannya di Putrajaya. Mahal pulak tu untuk enam sesi. Cari punya cari, jumpa yang RM300.00 untuk enam sesi di Bangsar. Sangatlah cantiknya. Nak pergipun senang. Nama coach ni Fauzi. Dari awal cakap nak masuk kelas renang, kami hanya guna SMS je. Tak pernah bercakappun. Sebenarnya saya takut nak call. Takut di'reject' disebabkan keadaan saya. Alhamdulillah, Ahad ni kelas akan bermula. Harapnya semua berjalan lancar. Persediaan yang saya buat? Semestinya mental dan fizikal. Kelengkapan: 1. Baju renang - Saya pilih yang satu helai dari atas ke bawah berzip di hadapan. Warna kelabu gelap dan biru terang. Jenama Arina RM200 lebih. Sayapun dah lupa harganya. Beli masa sales hujung tahun lepas. 2. Tudung: - Jenama Ogival jadi pilihan sebab saya tak nak tudung beroning. RM45.90. 3. Goggle: - Beli yang murah je RM36.95. Mereka yang nak cari pakaian renang bolehlah buat / sediakan budget.

Wednesday, March 25, 2015

Keterujaanku

Edited, (entri ini telah dipostkan pada 25 Mac, 2015 - oleh kerana banyak kesilapan, saya edit semula) Mata rasa dah ngantuk. Tapi excited nak tulis jugak. Pandai berenang adalah impian saya sejak kecil, Sejak saya mengenali Nurul Huda Abdullah, sejak itulah minat saya pada renang ni bermula. Kalau ada pertandingan renang mesti saya tengok TV. Saya ingat impian saya ni tinggal angan-angan je. Yelah, saya ni water confident kurang. Dulu saya fikir, nak masuk kelas renang, takut coach tak nak terima saya sebab saya macam ni. Bayarannyapun di luar kemampuan saya. Tahun lepas, banyak perubahan berlaku dalam pelan saya menjaga kesihatan dan kecantikan, cewah. Selain daripada diet pemakanan saya berubah, setiap minggu saya hadir latihan Gunung Kinabalu. Dah nak jaga stamina tu, terpaksalah 2 3 kali seminggu ke gym. Bila berlari, latihan tangga dan sebagainya, saya jadi kepanasan. Namanyapun bersenamkan? Bila difikirkan, senam yang tak panas, renanglah. Saya mula search fasal renang. Wow! Selain daripada sunah nabi, berenang adalah antara senaman terbaik sekaligus menjaga kecantikan kita. Sebut fasal kecantikan, makinlah saya teruja. Nak masuk kelas renang ni rupanya taklah mahal sangat macam yang saya sangkakan. Setelah beberapa bulan tertangguh, Ahad ni Insya-Allah saya akan mulakan kelas renang saya. Tak sabarnya rasa, excited sangat.

Monday, March 16, 2015

Tudung Labuh, Keinsafan Atau Penampilan

Saya bukanlah skaptikal kepada mereka yang memakai tudung labuh. Tetapi payah benar saya nak jumpa wanita bertudung labuh, berstokin dan inner tangan yang tingkah-lakunya, tutur katanya selari dengan syariat Islam. Kadang-kadang mereka yang pakai tudung biasa ni lebih tahu behave dan berbicara. OK, saya faham semua orang ada kelemahan. Tak perfect. Tapi, kalau kesilapan yang dibuat tu perkara tak masuk akal bagi seorang perempuan lebih-lebih lagi yang bertudung labuh dan sering berulang mesti ada something wrong kan? Kalau setakat kesilapan biasa boleh dimaafkan sebab manusia kan dibekalkan dengan kelemahan. So, janganlah kita menggunakan agama serta personaliti untuk mengaburi mata orang, untuk dilihat warak dan baik sedangkan perangai sebenar sering terserlah. Manusia sekeliling pun satu juga, bila nampak wanita berperwatakan sebegitu oh, dialah angel. Terpesona tanpa menilai individu itu dari pelbagai aspek dengan adil dan saksama. Ini pendapat dari saya hamba yang lemah. Pengajarannya, bila kita berpenampilan demikian, biarlah ditampilkan dari hati yang ikhlas bukan sekadar inginkan sebutan serta pujian manusia. Jika hubungan dengan Allah kita jaga, hubungan sesama manusia jangan dilupakan kerana keampunan Allah, terletak pada kemaafan manusia. * Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu daripada saya, hamba yang hina.

Monday, March 9, 2015

Dialog Datuk Bandar Bersama Penduduk Kuala Lumpur

Hahaha... Apa yang saya meroyan duk update blog banyak sangat ni? Tak apalah, sebagai ganti hari yang tak update tu. Sebenarnya saya sedang memikirkan intipati yang ingin saya katakan sewaktu dialog nanti. Saya dipertanggungjawabkan menjadi moderator kepada satu kumpulan pada hari tersebut dengan tajuk Pembangunan Sosial Ekonomi. Hadoi, lepas tu kena present depan datuk bandar pulak. Memang kena banyak buat homework. Janganlah macam tak tahu apa-apa pulak, Tinta. OK, OK, esok meeting dengan DBKL, tambahkan input ya, sayang. Sayanglah diri sendiri, Tinta.

Innershine: Hari Keenam

Meh sini kawan-kawan, saya nak review sikit fasal Innershine ni. Sebenarnya saya sendiripun belum ada keyakinan yang tinggi bahawa ini adalah kesan daripada Innershine. OK, pagi tadi ada kawan tegur, "Kenapa nampak berseri je ni?" Hahaha manalah tahu sebab saya senyum kan? Tak apa, masih terlalu awal. Satu lagi, saya merasakan sel kulit mati semakin nipis. Itupun belum dapat dipastikan adakah ianya kesan daripada pengambilan Innershine.

Sunday, March 8, 2015

MH370, Buletin Utama, TV 3

Buletin Utama malam ini memaparkan pelbagai berita tentang MH370 penerbangan KL-Beijing jam 12.41 malam setelah 365 hari kehilangannya. Dari aspek psikologi juruterbang iaitu Kapten Zahari Ahmad Shah, episod pencarian bermula di Laut China Selatan hingga Lautan India, aspek teknikal sampailah kepada harapan waris penumpang dan anak kapal. Turut disoalsiasat ialah pencuci kapal terbang serta penyedia makanan. empat buah kapal pula masih meneruskan operasi pencarian pesawat tersebut di lingkungan ketujuh Lautan Hindi yang dalam dan tinggi ombaknya. Memetik kata-kata Myra Elizabeth Nari merupakan anak kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari, sebagai anak nalurinya mengatakan bapanya masih hidup. Biarpun saya tiada kena-mengena dengan sesiapapun di dalam pesawat tersebut, juga merasakan hal yang sama. Biarlah ribuan berita menerusi media cetak dan elektronik memaparkan pelbagai analisis dan kesemua 239 anak kapal dan penumpang telah diklasifikasikan sebagai korban, saya tetap percaya bahawa PESAWAT MH370 masih dalam keadaan baik dan tidak terhempas seperti yang dikatakan. Saya juga yakin bahawa kesemua penumpang selamat tatkala pesawat tersebut hilang daripada radar. Jika ditakdirkan mereka pergi meninggalkan kita semua, saya percaya ianya bukan kerana nahas udara. Namun sebagai hambaNya yang lemah, pengetahuan saya amat terbatas. Saya hanya boleh membuat andaian dengan gerak hati dan tidak semestinya andaian saya benar. Saya rasa... MH370 masih ada dan dalam keadaan baik tanpa cela. Ya Allah, sebagai hamba yang lemah, aku masih mengharapkan mereka masih ada seperti pesawatnya. Tuhan yang Maha Bijaksana, rungkaikanlah misteri ini. Amin...

MH370 Dalam Doa Dan Harapan

Hari ni... Genap setahun MH370 hilang dari pengetahuan manusia. Tapi saya yakin, ada pihak yang mengetahui ke mana hilangnya pesawat tersebut. Ya Allah, Aku masih mengharapkan keajaiban berlaku meskipun pada akal logiknya, ia suatu yang mustahil. Tapi, kuasaMu mengatasi akal makhlukMu. Tuhan, Selamatkanlah Kapten Zahari, anak kapal dan penumpang MH370. Lindungi mereka dari segala kejahatan manusia dan hamba-hambaMu. Amin... Saya mengharapkan mereka semua masih dalam keadaan baik dan dilindungi sentiasa. Insya-Allah.

Wednesday, March 4, 2015

Kulit Wajah Berseri

Setiap perempuan, mengimpikan kulit wajah yang berseri. Wah, macam pengacara rancangan kecantikan pulak kan? Kulit saya terutamanya kulit muka cepat sangat bertindakbalas terhadap bahan kimia atau matahari. Dah agak dah, mesti musim panas ni, kulit muka saya akan terbakar lebih-lebih lagi saya susah nak dapat sun block yang sesuai. Hari tu saya beli krim pelindung UV jenama Body Shop, itupun tak sesuai. Sudahnya, saya pakai beberapa kali saja. Esok saya nak try sekali lagi. Kalau orang tak tegur, saya boleh buat tak tahu lagi, tapi bila ada yang menegur, mulalah saya risau. Alternatif, saya nak cuba minum minuman kesihatan. Melalui pembacaan yang saya buat, sekarang ni, Radiance Signature tengah popular. Aura White yang meletup dulupun dah tenggelam. Tapi mahal. So, setelah membuat pembacaan, saya putuskan untuk mencuba Innershine Parti Prune. Dengan misi mencari Innershine Prune campur Camu Camu, saya ke Gardiant. Pack enam dan 12 botol dah habis stok, yang tinggal hanya pack promotion 12 +12 dan free enam botol. Wah, sangat menguntungkan! Baru RM89.00. Beli jelah. Try. Kalau tak menjadi untuk wajah, buat nyah toksin pun OK la. Dulu saya pernah try enam botol tapi tak consisten. So, malam ni kita mulakan dengan botol pertama.

Nor Eco Resort - Staff's Team Building

Menjadi pengerusi Kelab Sosial Kakitangan ni buat saya rasa kekok bila meeting sebab ada antara AJK saya merupakan staff senior dan berpangkat director. Sayapun tak tahulah kenapa x-boss saya ni memaksa saya memegang jawatan ni dan mempengaruhi members untuk menyokong dia. Tapi demi tanggungjawab, saya lakukan juga. Alhamdulillah mendapat kerjasama AJK lain. Beberapa bulan lalu, dalam jamuan makan tengahari, CEO mengarahkan saya dan AJK saya untuk merangka satu program team building untuk semua staff walaupun bukan members. Jadi hari ni, kami meeting bersama wakil daripada Nor Eco Resort berkenaan program berkenaan. Malas nak cerita detail sebab ianya masih dalam perancangan. Nampak gaya mac am menarik. Cuma saya sering ingatkan wakil berkenaan agar program ini tidak memberi sebarang tolak-ansur kepada blind staff dan saya mahu program ini mengikut standard. Blind staff yang jadi memberkelabpun dalam lima orang je. Saya menjangkakan blind staff yang akan ikut sertapun lima orang daripada 40 orang. Lagipun, sekadar blind, fizikal dan IQ masih normal, sama macam orang lain. Saya yakin blind staff boleh buat meskipun program ini dijalankan mengikut standard. Daki gunung boleh, takkan aktiviti team building tak bolehkan? Saya yakin semua orang boleh buat.

Tuesday, March 3, 2015

Line Di Rumah Baru

Setelah menempuh sinar mentari yang panas terik, sampailah saya ke office ni. Ingat semalam nak masuk lewat je, tapi bila kontraktor yang nak pasang line telefon dan internet tu terpaksa lewat sikit sebab ada masalah kat tempat pemasangan sebelumnya, terpaksalah ambil half day. Kenapa masih nak guna Telekom? Ada kawan-kawan yang bertanya. Dahlah Telekom, Streamyx pulak tu. Sebab, sepanjang saya guna line ni tak ada masalah seperti lambat, salah charge dan data habis. Sebab tu saya masih mengekalkan penggunaan streamyx. Tambah pulak saya sering mendengar rungutan kawan-kawan yang guna jalur lebar ni menghadapi masalah yang saya sebut tadi. Dengan Streamyx, hidup saya setakat ni senang. Janji, bayar bila cukup masanya. Internet tanpa limit, download la berapa banyak nak download, nak upload, nak on internet 24 jam ke, nak game online ke, nak tengok movie sampai pecah laptop ke, nak download banyak software ke buatlah. Dengah harga yang sekata setiap bulan berjumlah RM55.00 saya boleh guna internet bila-bila masa saya nak dan di mana-mana dalam rumah sebab guna wifi. Saya juga dapat unlimited call ke seluruh Malaysia untuk talian rumah. OK la untuk saya yang selalu bersembang-sembang dengan mama dan nenek. Kalau guna handset mahal tu bila bercakap sampai sejam, sejam lebih. Cuma saya tak boleh bawa internet ni bila out station. Bukan lamapun outstationnya, handset kan ada. Kalau call ke handset tu adalah chargenya. So, malam ni bolehlah saya ber'internet' sakan.

Monday, March 2, 2015

Wanita Dari Sweeden

"Tinta, you tengah buat apa?" Puan Chitra, bos saya tiba-tiba menghampiri meja saya. "Saya buat proposal..." "Ada 1 lady and her nephew from Sweeden, I dah bawa dia visit, come join us to take photo. Is it OK with you?" OK tu memang OK sebab saya ni suka bergambar. Tapi, masa saya pakai bedak dengan lipstik saja nilah ada yang ajak bergambar. Bila saya mekap, tak ada pulak yang nak bergambar. Padan muka kau Tinta, jadi PR ni, kenalah sentiasa bersedia bukan ikut mood malas rajin kau tu. Monolog dengan diri sendiri. Tetiba rasa geram dengan diri sendiri. "OK. Give me a minute," Dalam masa satu minit, saya tambah lipstik. Tak sampai satu minit pun sebenarnya. Nak mekap dah tak sempat. Orang dah tunggu. Tak apalah Tinta. Tampil dengan wajah asli. Tak payah ambil berat sangat fasal mekap tu. Cantik ke, buruk ke, itu diri kau. Terimalah seadanya. Statement sedapkan hati sendiri tuuu... "Let me introduce, this is Siti and Siti, this is Ilham," Ilham??? Kalau Orang Melayu Ilham tu nama lelaki. "Wow! Beautiful lady!" Beautiful??? Mungkin dia ni rabun agaknya, saya yang sekadar memakai bedak dan lipstik ala kadar ni dikatakan beautiful??? Whatever. Mungkin... Sebab dia orang asing, bila melihat Orang Melayu baginya cantik walaupun bagi Orang Melayu sendiri biasa-biasa saja. Ala, macam kita tengok Orang Arab dan Minah Salleh tu. Lantas dia mengambil tempat di sisi saya serta memeluk saya untuk bergambar lalu mengarahkan Adam anak saudaranya mengambil gambar. Setelah bergambar beramai-ramai, dia meminta Adam mengambil gambar saya dan dia sahaja. Setelah itu, dia mencium pipi saya. Saya rasakan begitu mesra bersamanya seperti pelukan dan ciuman dari seorang ibu. Pertemuan yang singkat ini Insya-Allah saya panjangkan menerusi email kelak. Ilham, wanita Iraq yang tinggal di Sweeden dalam lingkungan 50-an itu melancong di Malaysia selama lapan hari bersama anak saudaranya Adam. Biarpun bertubuh gempal, Ilham mempunyai kulit yang cantik dan putih. Nice to meet you Au (confusing, nak panggil mis ke, madam ke auntie?" Ilham.