SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, October 1, 2013

SK-II Kosmetik

Haha fasal SK-II lagi! Tak ada benda lain ke nak cerita? Kalau dah blog kita, mestilah nak cerita benda yang kita sukakan? Silap-silap ada orang terpengaruh dengan entri aku ni. Eh, tak payah nak perasan sangat. Sudah, sudah, back to the story. Tapi setakat ni dalam blog aku, entri SK-II ni kedua paling ramai dikunjungi selepas entri Bonia. Hahaha dah siap buat survey tu. Kalau sebelum ni aku hanya beli skin care SK-II, kali ni, aku beli bedak dan foundation pulak. Menurut review, bedak SK-II ni sangat halus dan kemas. Aku pernah baca satu blog yang cakap bedak SK-II terlalu mahal tetapi bila melihatkan hasilnya, beliau berpuas hati. Bagi aku pulak, aku beli sebab bedak dan foundation tu penting untuk aku masa jadi pengacara majlis dan entertain pelawat. Kulit muka aku ni senang sangat kotor dan agak sensitif. Jadi, aku berazam nak pakai bedak yang sama dengan skin care. Lagipun, compact tu mesti boleh tahan lama sebab aku bukan jenis yang pakai bedak dan foundation hari-hari. Weekend lepas aku pergi Sogo, maklumlah, Sogo kan sale, so, aku mengharapkan dapatlah gift dari SK-II. Actually ni first time aku pergi SK-II Sogo. Layanannya memang best sangat! Memang aku nak datang lagi lepas ni. Mula-mula amoi tu cadangkan aku beli salah satu je foundation atau compact. Tapi memandangkan hasilnya lebih best apabila memakai kedua-duanya, maka akupun membuat keputusan untuk ambil kedua-dua. Kebetulan point Chrystal Card aku dah lebih 2,000, jadi dapatlah aku tebus dengan Facial Treatment Repair C idamanku. 15 ML pun 15 MLlah. Fungsi Repair C ni untuk melicinkan kulit fungsi lain tu tak ingat. Tadaaaa... Siap dapat gift rantai dengan subang tuuuu. Lepas tu dapat lagi Celumination Mask in Lotion (toner untuk memutihkan kulit), Facial Treatment Gentle Cleansing Cream (make up remover) dan Eye Mask, tak ingat namanya. Dan aku beli juga cleanser sebab dah nak habis. Menurut perhatianku, harga SK-II naik dalam RM10.00 setiap tahun. Seperti biasa, kat sini aku lampirkan harga setiap item yang aku beli kepada mereka yang mencari-cari anggaran harga SK-II ni. Macam selalu aku buat bila nak beli SK-II: Stem Power (compact foundation - Refill) =RM199.00 Bekas Stem Power =RM69.00 Cellumination PanCake =RM232.00 Bekas PanCake =RM72.00 Facial Treatment Gentle Cleanser =RM219.00. Ini harga untuk tahun 2013. Kalau SK-II masih mengguna pakai cara sedia ada, maka setiap tahun lebih kurang RM10.00 itemnya akan naik harga. * Kecantikan itu datangnya dari dalam. Jika mahu berpenampilan menarik, hati terlebih dahulu mesti cantik :) Cel