SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, January 22, 2013

Dua ulas nangka, Sebiji Jambu Madu Dan Segelas Susu

Setiap wanita inginkan wajah yang cantik, tubuh yang langsing, rambut halus licin bagai sutera dan kulit yang mulus. Oleh itu, wanita amat sinonim dengan barangan kosmetik dan produk kecantikan sama ada dipakai mahupun dimakan. Ramai orang yang mementingkan kecantikan hingga mengabaikan aspek kesihatan. Misalnya, mengambil apa saja pil atau menggunakan apa saja produk yang boleh merialisasikan kecantikan yang diidamkan dalam jangka masa yang singkat. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk cantik. Kalau adapun, pasti akan berhadapan dengan masalah di penghujungnya. Ramai juga yang inginkan kecantikan dan mengabaikan kesihatan. Begitu juga aku sebelum ni. Cuma, aku tak berani menggunakan sebarangan produk. Apa lagi membuat rawatan laser dan sebagainya.

Tidak dapat tidak, kita harus mengakui bahawa kecantikan dan kesihatan itu saling berkait rapat antara satu sama lain. Seterusnya, kita juga harus sedar bahawa kesihatan itu bermula daripada pemakanan yang seimbang. Lemah bunyinyakan? Kalau dah nama makanan seimbang, pastinya kita tidak dapat makan apa yang kita suka. Itulah yang aku fikir sebelum ni. Tapi, semalam, ketika aku berlegar-legar dalam pelayar web mencari info tentang diet sihat dan kecantikan, aku terjumpa ini: "Diet sihat tidak menghalang kita dari mengambil makanan yang kita suka. Hidup ini terlalu singkat, jadi kita harus enjoy dengan apa yang kita suka termasuk makanan. Cumanya... Kuantiti yang kita ambil itu perlu dihadkan kepada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh,".

Lagipun... Aku memang kena jaga makan sebab keluarga belah bapa aku ramai yang menghidap diabetes. Sekarang ni, penyakit tak kenal usia. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Dah alang-alang menggunakan produk kecantikan yang telah mula menampakkan hasil, kita sertakan pula dengan penjagaan makan dan senaman. Usaha itu tangga kejayaankan? Cuma aku harap, aku akan sentiasa konsisten dan istiqamah. Orang dah mula tegur badan akupun dah naik. Walaupun tidak gemuk, tapi kenalah berhati-hati. Lebih baik tanganinya sekarang daripada dah jadi gemuk nanti. Oooooo... Seramkan dengan perkataan tu? Langkah permulaan ke arah kecantikan dan kesihatan yang aku ambil adalah: (Sebab aku ni tak berapa nak cantik, kenalah usaha lebih sikit :))

1. Banyakkan minum air masak. Aku ni sebenarnya tak suka minum. Tak tahu kenapa. Memang dari dulu lagi tak suka minum apa lagi air masak. Sampai mummy aku pernah tegur tabiat aku ni. Kenapa tak suka minum air? Memang semulajadi macam tu dan satu lagi, aku tak suka pergi public toilet walaupun toilet office. So sekarang, aku tengah belajar minum air masak. Aku kena ambil 1 liter air masak. Kadang-kadang mencapai target, kadang-kadang tidak. Tapi aku berusaha untuk mencapai target setiap hari. Kalau tak capai targetpun, aku minum tidak kurang 500ML sehari. Macam mana aku kira? Kat office ni, aku beli sekotak air mineral yang di dalamnya ada 24 botol. Setiap botol berisi 500ML air. Sehari kena habiskan sekurang-kurangnya sebotol. Itu tidak termasuk yang aku minum selepas makan dan di rumah. Lebih airpun bahaya juga sebab ia boleh menjejaskan buah pinggang. Jadi kena wasatiah ye.

2. Minum air masak setelah bangun dari tidur. Ni baru je aku amalkan. Mula minggu lepas kalau tak silap. Melalui pembacaan yang aku buat, kita perlu minum dua gelas air kosong sebelum tidur dan segelas air masak setelah bangun tidur. Tapi aku baru berjaya buat yang setelah bangun dari tidur.

3. Makan nasi sekali sehari. Ni aku confuse sikit ni. Kena buat research lagi ni. Dulu aku makan nasi dua kali sehari,  kadang-kadang tiga kali. Sekarang sekali je sehari. Mungkin kalau makan sikit, boleh ambil dua kali sehari kot. Kajian akan dijalankan lagi. Buat masa ni, kita maintain dengan sekali sehari.

4. Mulakan semula senaman. Untuk cantik dan sihat, bukan makan je kena jaga. Apa yang kita dah makan, kita kena keluarkan dalam bentuk tenaga supaya makanan tu tidak bertukar menjadi lemakyang boleh memberi kesan buruk kepada kita. Dulu aku selalu pergi gym. Tapi aku berhenti bulan puasa tahun lepas. Kena mula balik. Dan aku baru mulakan dengan jogging Sabtu lepas. Sekarang, aku ada kawan untuk jogging. Tapi gym pun kena pergi balik sebab, menurut pembacaan aku, gabungan jenis senaman akan memberi kesan yang baik. Aku nak belajar senam robiklah. Siapa boleh ajar? :) Lagipun stamina amat penting bagi orang yang selalu buat aktiviti lasak macam aku.

5. Kurangkan minum berais. Ais! Aku amat sukakan ais, apatah lagi aiskrim. Dari kecil aku minum ais. Tabiat ni berhenti seketika semasa aku di asrama kerana kami tak dibenarkan minum ais. Ianya bersambung setelah tamat sekolah hinggalah aku masuk universiti. Berhenti lagi seketika masa pergi Gunung Tahan dulu. Lepas tu sambung balik. Lepas tu bila sedar akan keburukan ais, aku berhenti sedikit-sedikit dan sekarang, aku tak kisah kalau tak ada ais. Tapi bila cuaca panas, ada masanya aku tewas dengan godaan ais. Sekarang, aku perlu kawal lebih rapi tentang ais ni.

6. Puasa. Mummy amat prihatin terhadap tubuh aku. Dia suruh aku puasa Isnin dan Khamis. Katanya, diet sambil beramal. Bukankah makan yang sedikit itu menjaga hati dan akal? Tapi aku yang jahil ni, buat tak endah je dengan saranan mummy. Aku suka makan, nak puasa seharipun malas. Lama-kelamaan, aku mula memikirkannya. Apa yang mummy cakap tu betul, lagipun aku rasa, akupun tak sebaik dulu. Jadi, apa kata kalau aku mulakan dengan puasa ganti. Maka semalam bermulalah langkah ini. Harap-harapnya istiqamahlah, Tinta. Benda yang berkaitan amal ibadah ni kan selalunya susah untuk kita lawan nafsu kita lebih-lebih lagi aku hamba yang lemah ni.

7. Tukar tabiat makan aku kepada diet sihat. Permulaan ni memang rasa susah. Tapi tak apa, cuba dan cuba. Sekarang, ku mulakan dengan pengambilan segelas susu segar setiap pagi sebagai sarapan. Sepatutnya dua gelaskan? Tapi tak apa, mulakan dengan segelas dulu. Kita ajar diri kita perlahan-lahan, tak boleh drastik. Semua tahu susu itu untuk tulang. Wanita berisiko tinggi untuk mengalami kereputan tulang. Jadi kita berusaha untuk mengelakkannya. Dan hari ini, aku mulakan bersarapan dengan buah. Sebab tulah terhasilnya tajuk entri ni hahaha.

8. Pakai koset. Macam yang aku tulis kat atas tu, setiap wanita mengimpikan tubuh yang langsing lagi menarik. Tidak terkecualilah aku. Walaupun aku dikategorikan sebagai tubuh lepas dari segi ketinggian dan tidak tergolong dalam golongan yang gemuk, aku tidak mempunyai bentuk badan potongan model. Jadi penggunaan koset diperlukan bagi membentuk tubuh sekaligus untuk mengawal makan. Yelah, kalau dah perut ni terikat, susah nak membesar, macam mana nak makan banyakkan? Mula-mula dulu, aku pakai koset yang diperbuat daripada "bamboo". Rasa tak best. Bukan perut aku yang kena ikut dia, malah dia pulak yang ikut perut aku membesar bila aku makan banyak. Ish, macam mana nak control makan ni? Tak boleh jadi! Masa sale hujung tahun hari tu, aku beli sepasang koset dan gedil. Orang kata, jenama Skiva ni best. Alang-alang sale, belilah. Hari pertama pakai rasa best sangat. Kemas dan ketat. Badanpun rasa macam solid je. Bila tiba waktu makan, mak oi, siksanya. Makan sikit dah rasa kenyang, perut rasa sempit sangat. Bila minum air banyak sekaligus, rasa macam air tu ada di leher. Rasa lambat mengalir ke perut. Rasa nak terkeluarpun ada. Duduk asyik kena tegak je. Hadisah asyik gelakkan aku je. "Patutlah postur badan nampak macam model, pakai koset rupanya, patutlah tegak je aku tengok hari ni. Aku tengok muka kaupun macam siksa je nak makan," Tapi dalam gelak-gelak, sempat bagi kata perangsang tu "Bagus, bagus. Kau jangan give-up. Pakai hari-hari, jangan jadi macam aku, pakai separuh hari dah buka lepas tu tak pakai. Minggu depan Okaylah tu, mesti kau dah rasa selesa,"Hahaha... Terima kasih, Disah. Akhirnya, sampai hari ni aku pakai, dah masuk minggu ketiga. Disah, Disah, kau selalu menyokong apa saja yang aku buat untuk kebaikan tak kira apapun. Malah dia yang banyak merubah dan memberi pendapat dalam bab kecantikan ni.

9. Krim tapak kaki: Kecantikan tu kan seluruh tubuh. Kekurangan air +berjalan di atas simen membuatkan tapak kaki aku pecah-pecah dan terkopek. Ha... Ini hasil keprihatinan seseorang membuatkan aku bersemangat untuk menjaga tapak kaki. So, krim ni untuk membantu melembapkan tapak kakilah.

10. Pengambilan supplement: Buat masa ni, aku ambil Evening Prime Rose (EPO). Bukan sekadar untuk kecantikan tetapi untuk melancarkan peredaran darah seterusnya, meredakan senggugut yang aku alami. Sebelum ni aku ambil kolagen. Tapi berhenti, gagal konsisten. Dah failed dah kat situ. Tak pe, cubaan kali kedua untuk konsisten. Dan aku rasa, aku kena mula ambil madu. Seperti yang kita semua tahu, madu tu banyak khasiatkan.

11. Produk kecantikan SK-II: Tak perlulah aku ulas lanjut sebab enteri untuk "skin care" ni aku dah tulis. Selain tu, aku guna Delecent T untuk menghapuskan bakteria pada wajah terutamanya ketika hampir dan semasa ABC (Allah Bagi Cuti).

Dah panjang sangat aku tulis ni. Bukan korang je penat baca, akupun penat tulis, jadi, kita berhenti kat sini :)

P/S: Enteri ni ditulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak. Tapi sekadar berkongsi dan meluahkan rasa pada diari peribadi tak berapa peribadi aku ni. Jangan timbul isu pulak lepas ni. Macam aku tulis kat atas tadi, aku ni tak cantik, jadi kena usaha untuk cantik. Bila kita sihat, insya-Allah, kita akan cantik. Tapi, biarlah cantik luar dan dalam. Sekadar mengingatkan diri sendiri.

Binatang terbang-terbang

Binatang apalah pulak masuk bilik aku ni? Ni dah malam, aku nak tidur. Kucing gemuk ni boleh pulak dia tidur dan biarkan tuan dia sorang-sorang menghadapi benda terbang tu, siap berdengkur lagi.